Isnin, 25 Oktober 2010

Kalau Bergaduh

oke.Entri ni aku nk potpet panjang sikit. maybe sebab aku penah lalui dalam kisah-kisah silam idup aku.hehe. Bergaduh disini aku maksudkan kalau bergaduh dengan kawan. Kalau korang korang watpe?tak kisah lah kawan tu kawan baik kau atau kawan tu just kawan kawan je dengan korang. dulu aku kalau bergaduh memang cepat panas hati. nak nak dengan kawan yang just kawan kawan je. gila bila kau tade pun rasa pape sangat dengan minah ni, tapi tetiba minah ni leh maki-maki kau kaw2 punya. ofkos la aku akan tunggu minah tu depan pintu umah dia. tak dapat banyak, sikit pn jadi la kaki aku naik kat muka dia. but well, itu cite zaman darah muda.  orang kata hati muda jangan di lawan. panas baran. tapi bila ingat-ingat, tak perlu la semua carut mencarut and tampar menampar seme tu kalau bergaduh. macam tunjuk level kebodohan kita. sekarang kitorang berbaik macam tak penah ade sengketa. aku suke. kami sama sama buat buat lupa.  Bila aku besar lagi sikit, ade lagi orang cari gaduh. kali ni aku cool sikit. aku tak sibuk nak maki dia. aku tak tunggu dia depan pintu umah dia. sebab umah dia dalam banjaran gunung ganang. aku tatau umah dia katne. haha. tapi ni antara pergaduhan yang paling best aku rase dalam idup aku sebab gaduh terus takyah kawan. anggap jelah kau macam aku tak kenal. idup aku tenang. idup kau pun senang. Lame sikit bila da meningkat dewasa, ah gaduh lagi! dengan kawan yang baik juga dalam idup aku. isu? orang ketiga. oke2. aku salah. aku da mintak maaf. tapi still, untuk kebaikan kite bertiga, aku dengan dunia aku. kau dengan dunia kau. tapi kawan, aku kadang-kadang rindu betul dengan kau. rindu nak dengar cerita-cerita sengal kau. untuk yang kali ketiga ni, aku terus senyap. tak melawan. tak cuba menegakkan apa-apa kebenaran. sebab bila lawan kau tengah membara macam api yang tengah jilat rumah setinggan, tak kan kau nak tambah lagi kemarahan dia kan? takde guna pun. so aku diam. diam. terus diam. diam tapi aku sayang.

yang aku nak kongsi kat sini sebenarnya, apa pendapat korang buat yang suka bergaduh di hadapan public contohnya di laman sesawang sosial seperti facebook? yang ni maki yang tu. yang tu maki yang ni. last-last dua-dua da nampak macam sundal bolong. aku pelik la. kenapa mesti macam tu ek? puas hati? mungkin. untuk orang yang jenis macam tu kot. untuk aku? sorry. bukan aku nak maki maki orang dekat public. sungguh tak rasional. plus, ko tak malu ke dengan kawan kawan lain yang ade dalam list friends kau tu? buatnye ade adik beradik kau dalam facebook tu, kau rase dia tak segan ke ade adik macam kau? hehe. terpulanglah pada pendapat masing masing kan. ade yang rase facebook adalah tempat yang sesuai untuk luahkan perasaan. mungkin dia rasa kurang sikit bebanan dia bila dapat maki orang kat status dia.

apa pun cara kita lepaskan geram kalau bergaduh, janganlah sampai ternampak personaliti kita yang tak molek. simpan-simpan la untuk diri kita sendiri. untuk aku yang bergaduh dengan seorang lelaki masa sekolah tingkatan tiga dulu, terima kasih buat aku benci kau gila-gila. last-last kau jadi suami aku! hehehe... untuk semua, kurangkan membenci. tambahkan kasih sayang.  aku nak hidup dengan aman dalam sisa baki kehidupan yang ada ni.


xoxo
Peace.no war.

Ahad, 24 Oktober 2010

rindu


aku rindu kau.kawan.sungguh!
kenapa kita dah tak berkawan lagi?

semoga kau bahagia selalu.

Positif :: Optimis







Positif. Optimis. kene semat dalam otak. since aku ni mmgla seorg yg -ve thinker sejak azali, agak ssh la aku nk biasakan otak aku untuk jadi positif sepanjang masa. instead of fikir kebaikan, aku slalu fikir keburukan.ouhh..berubah cepat!sebelum aku menjadi seorang yang pesimis.kolot.pembenci dan segala mak nenek yang seangkatan dengannya. bahaya. bahaya.


Khamis, 21 Oktober 2010

:: tak semua ::

tak semua apa yang kite nk tuhan makbulkan..
tak semua..


kadang-kadang rse jeles dengan apa yang orang lain ada..
tapi ade tak org len jeles dengan apa yang kite ada?mm..


sepatutnya lebih bersyukur dengan apa yang ada..apa yang da dimiliki..
sekarang aku da boleh kuat semangat sikit..da boleh telan segala yang diaturkan Dia..


tapi aku belum berhenti mencuba apa yang aku nak tu..
semoga Allah murahkan rezeki aku..