Selasa, 18 Oktober 2011

Anak Dara Along



So kenapa tetiba nak cerita pasal anak sedara aku lak dalam blog ni? Hehe. Sebenarnya, dia adalah yang paling aku sayang sekali. Beza umur kami 11 tahun. Lebih kurang macam aku dengan Kak Mai. Aku dengan Kak Mai 12 tahun. Jarak umur apalah sangat. Kitorang tetap rapat. And maybe sebab tu jugak aku layan sasha ni macam layan adik perempuan aku.  Kalau boleh, apa yang dia nak mesti aku nak belikan. Dia nak buat rambut, aku bagi duit. Dia nak datang rumah, aku amik. Setiap kali exam dapat good result mesti aku bagi ganjaran. Semua tu buat aku rasa bahagia. Rasa seronok sangat layan kerenah dia. Bukan sebab aku rasa terhutang budi dulu Along sponsor hidup aku dari aku darjah lima sampai aku belajar kat U. Bukan. Jasa Along tu memang tak terbalas. Dialah abang terbaik dalam hidup aku. Cuma antara aku dengan sasha ni, aku rasa, kasih sayang tu yang kuat sangat. Honestly, aku memang tak suka tunjuk aku sayang anak-anak buah aku ni. Aku kalau nak marah, aku sembur je. Aku nk ketuk kepala dorang yang tak dengar cakap, aku ketuk je. Tapi dalam hati, saaaayanngg sangat kt dorang semua.


Jadi tahun 2011 ni adalah tahun sasha exam PMR. Target mestilah 8A kan. Aku memang confident dengan dia. Bayangkan lah, dia setiap hari akan study smpi kul 11-12mlm. Pastu pukul 4 pagi bangun study lagi. Eh, cikcum awak dulu masuk U baru belajar style camtu tawu! Sebab tu result periksa sekolah cikcum tak best langsung! haha! Trial exam dia dapat 5A 3B. Tiga-tiga yang B tu seme kurang satu mata je lagi nak dapatkan A. Memandangkan dia belajar di sekolah Elit, di kelas pertama, yang aku rasa confirm-confirm la cikgu-cikgi naik kan gred untuk dptkan A.  Jadi untuk peperiksaan PMR ni, Cikcum yakin awak leh dapat straight A. InsyaAllah. 


Sasha ni hati dia cekal. Semangat dia kuat. Tapi dia ni down to earth sangat-sangat. Haihh. Kadang-kadang dia low self-confident yang melampau. Apa lah awak ni. Tapikannnn.. dalam pada low self-confident tu, ada boyfren jugak minah ni.  Aku dah nengok dah gambar boy tu. Sweet juga. Satu kelas dengan dia. Mama si sasha ni ade gak mengadu ngan aku, dia da rampas hp si sasha ni pasal asik bgayut n sms je. So mama dia risau lah, yelah..kan dah nak exam.  Nak dijadikan cerita, mama ni pegi le kol si boyfren sasha ni. Mama dia nasihatkan dak tu, tak payah lah bercinta, bersms, bergayut2. kan dah nak exam.  Boyfren sasha ni rilex je dengar mama ni cakap. Lepastu si boyfren ni cakap la kat mama sasha, Aunty jangan risau k, kitorang janji dengan aunty, kitorang akan dapat 8A exam PMR tahun ni. OK. Ni cinta kanak-kanak. Tapi aku rasa betapa sucinya perasaan hati mereka ni walhal hingus pun tak kering lagi! haha! Personally, aku takde la rasa cinta dorang tu patut dilarang. Even Along aku pun macam open minded. Dia pun tau sasha kawan ngan si boyfren tu. As long korang tak tetiba balik rumah btau bapak, "bapakkk, Anu ade berita gembiraaaa...Anu pregnantttttt!! weeeehuuuu" (slot edisiKhas TV3) hahaha. Budak-budak yang sedang meningkat usia ni, kalau makin dilarang, makin dibuat mende yang bukan-bukan. Jadi, kita bertegas pada apa yang perlu, layan kerenah anak-anak ikut rasionalnya. 


Weekend aritu aku amik sasha dok rumah aku. Dia yang suh amik sebab nk release tensen katanya. So kat rumah aku tu, dia cakaplah kat aku yang dia nak belajar kat Ireland. Dia nak jadi Doktor. Aku dalam hati macam kembang-kuncup je sebak. Walaupun mungkin itu angan dia, tapi aku bangga dengan dia. Cikcum selalu doakan yang terbaik untuk awak sasha.  Si sasha ni ade blog jugak. Kadang-kadang kalau teringat, aku stalk jugak baca. Hehe. Oklah sayang. Semoga awak berjaya dalam hidup awak ok. Segala yang terbaik untuk awak. Amin.




Lotsa Love


Ahad, 11 September 2011

Raya 2011

Raya tahun ni so~so je bagi aku. Sebab sepanjang 10 hari cuti, aku hanya abiskan mase 2 hari dengan famili aku. Tak dapat nk borak panjang dengan kakak-kakak aku yg kepochi! apa-apa pun, raya tetap raya. So kawan-kawan, Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin andai ada yang tersalah dalam segala aspek yeh? Sayang selalu !



Theme Hijo taun ni ! 



Dengan Family Side Abah



My Family beraya rumah MIL




My beloved sisters n nieces


Me Love U Hubby






SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sabtu, 4 Jun 2011

Malu

Kemodenan cara hidup ' Ala America ' generasi zaman sekarang memang berada di tahap tidak terkawal lagi. Ini pendapat aku secara peribadi lah. Aku pelik nengok manusia-manusia yang bangga dengan cara hidup dorang yang sah-sah dalam ISLAM kau ni memang bakal-bakal ahli neraka. Gila tak bile kau senang-senang amik gambar togak air haram. Hisap mende bukan-bukan. Telan pil yang konon menghiburkan. Bergambar dengan senang hati peluk laki perempuan yang bukan muhrim? Baju belum cakap lagi. Terdedah sana sini. Yang bujang of cos lah senang hati buat benda-benda macam ni. Maybe tade sape nak tegur kau. Tapi yang aku jadi pelik, bila ada yang dah kahwin pun masa mengamalkan cara hidup Ala America ni. Masih lagi berparti sana sini. Suami kau sikit pun tak heran kau peluk lelaki sana sini. Of course lah tak heran, sebab dia pun peluk perempuan sana sini kan? Nak tegur cara berpakaian lagi lah takde langsung. Di mana letaknya maruah seorang lelaki atau seorang isteri? Dayuss.

Sekarang jadi trend budak-budak otak tak berapa nak fikir kehadapan, yang suka upload gambar yang menjatuhkan maruah sendiri kat facebook. Paling tak, kau tolong la kesian kan Mak Bapak kau. Adik beradik kau. Sedara mara kau. Malu lah dengar orang cakap pasal keburukan kau. Manusia. Bila tegur, dia cakap kita jeles dengan dia. Cantik sangat kau orang nak jeles? Kau nak berhibur. Berseksi nak mati. Nak telan bebukan. Lantak kau lah kan. Tapi tak perlu lah upload gambar-gambar tu. Confirm sampai tua orang akan bercakap pasal kau. "Mak/bapak si polan tu dulu jahat nak mati..bergambar macam sundal bolong". Mungkin ade lah orang yang akan bercakap mcmni nanti bila kau dah tua. hehe.

Bukan nak menyebuk hal peribadi dorang. cuma kadang-kadang aku rasa kesian dengan orang-orang yang macamni. Aku tahu lah kubur asing-asing. Tapi takut kubur kau sebelah kubur aku nanti. Terganggu dok dengar kau kene balun dengan ular tiap-tiap hari.

Rabu, 18 Mei 2011

Beban

Kerja. 
Hidup kita dalam dunia adalah sebagai hamba kepada Dia yang Satu. Segala dugaan dan tekanan harus dihadapi dengan hati yang redha walaupun pahit untuk dilalui. Aku percaya semua itu ada hikmah dan kebaikannya. Dalam hidup aku sekarang ni, aku berbelah bahagi dengan segala apa yang dihadapi. Perkara paling sukar yang aku rasa adalah Kerja yang Tak Jiwa dalam hati aku. Profession aku sekarang macam serba tak kena. Hati macam tak ikhlas setiap kali melangkah kerja. Tapi bila dah dalam operasi ke apa, aku ok je. Masih boleh handle. Mula-mula masa aku kerja kat hq, suasana opis sangat senang dan tenang. Pegawai atasan adalah berada di tahap terbaik yang patut aku bersyukur dan dikenang sampai mati. Tapi, kontranya, aku jauh dari suami. Jauh dari family. Everyweek akan rasa nak balik. Tanggungjawab sebagai isteri perlu dititikberatkan. Bila dah balik negeri. Suasana kerja semuanya serba serbi jauh berbeza! Tekanan mula terasa. Hati masih bersabar. mungkin  ini harga yang aku perlu bayar untuk rezeki yang Tuhan berikan. Hadapi segala kekangan dengan sabar. Hati, hanya tuhan yang tahu.



Kawan. 
Setiap inci diri manusia adalah berbeza beza. Sifatnya? lagi lah pelbagai jenisnya. Tapi setiap kali aku ke mana-mana, Alhamdulillah aku akan pasti jumpa seorang dua rakan yang baik dan tulus hatinya. Bukan senang nak jumpa kawan yang boleh kongsi suka duka. Kadang-kadang, ko rase dia bestfren kau. Tapi hakikatnya, kau masih menyimpan segala rahsia dijiwa n tak boleh berkongsi cerita dengan dia. Sedihkan? Aku selalu tersepit dalam isu berkawan ni. Xpelah. Yang penting, kawan dunia akhirat aku sudah jumpa.



Anak. 
Sekarang dah hampir setahun lima bulan aku berkahwin dengan suami tercinta. Isu paling hangat untuk orang dah berumahtangga adalah anak. Dah ada anak? Bila nak ada anak? Rancang ke? Lamenya honeymoon? Tsskkk. Korang paham tak soalan macam tu menyusuk kalbu untuk orang yang macam aku? Bukan kerja aku untuk cipta manusia dalam perut ni. Semua tu kan ketentuan dan takdir Tuhan. Sekali lagi kena bersabar dan redha. 




Sabtu, 23 April 2011

H.E.L.L.o !

hi! lame jugak aku dah tak menaip kt blog ni..semenjak dpt blk jb, keje mmg sgt semak! busy memanjang. aku tatau la ape perasaan aku. nk dijadikan cerita utk share ngn korg, aku mmg xsuke environment keje kt JB ni. pegawai atasan seme mmg CB. menyusahkan idup org. menyakitkan ati org. yg penting, terlalu ramai ofismate yg selfish n childish. wtf. bkn la nk ckp aku ni bagus sgt. tpi atlis setakat ni aku rase aku xde la nk mengarah n menyusahkan idup org. aku tatau la amalan kt jb ni cmne. haihh..cite pye cite pn, aku tak berjaya gak nk mengubah keadaan kt cni kan..so dlm ati ni redha jelah. aku pye otak ni ligat je berfikir fikir n memikir..haihh..mengeluh mmg hobi aku skrg ni..

tutup cite opis sbb boring.

cite len, aku still xfaham dgn somebody ni. ape jenis idup ko aku pn tak faham. jeles bebenar ngn org len. pastu suke pulak blagak kt org. ko byk duit sgt kan??? ade aku heran? atlis tua nti idup aku da terjamin.(insyallah) da pencen pn aku ade gaji.aku ade gcr, aku ade bonus pencen. ko ape ade nk blagak sgt?lempang muke ko kang! aku nk cite byk lg ni. tapi perut lapa. nk kejut hubby nk suh makan! grrrrr...bila marah kene makan! bru selera! hehehe