Rabu, 18 Mei 2011

Beban

Kerja. 
Hidup kita dalam dunia adalah sebagai hamba kepada Dia yang Satu. Segala dugaan dan tekanan harus dihadapi dengan hati yang redha walaupun pahit untuk dilalui. Aku percaya semua itu ada hikmah dan kebaikannya. Dalam hidup aku sekarang ni, aku berbelah bahagi dengan segala apa yang dihadapi. Perkara paling sukar yang aku rasa adalah Kerja yang Tak Jiwa dalam hati aku. Profession aku sekarang macam serba tak kena. Hati macam tak ikhlas setiap kali melangkah kerja. Tapi bila dah dalam operasi ke apa, aku ok je. Masih boleh handle. Mula-mula masa aku kerja kat hq, suasana opis sangat senang dan tenang. Pegawai atasan adalah berada di tahap terbaik yang patut aku bersyukur dan dikenang sampai mati. Tapi, kontranya, aku jauh dari suami. Jauh dari family. Everyweek akan rasa nak balik. Tanggungjawab sebagai isteri perlu dititikberatkan. Bila dah balik negeri. Suasana kerja semuanya serba serbi jauh berbeza! Tekanan mula terasa. Hati masih bersabar. mungkin  ini harga yang aku perlu bayar untuk rezeki yang Tuhan berikan. Hadapi segala kekangan dengan sabar. Hati, hanya tuhan yang tahu.



Kawan. 
Setiap inci diri manusia adalah berbeza beza. Sifatnya? lagi lah pelbagai jenisnya. Tapi setiap kali aku ke mana-mana, Alhamdulillah aku akan pasti jumpa seorang dua rakan yang baik dan tulus hatinya. Bukan senang nak jumpa kawan yang boleh kongsi suka duka. Kadang-kadang, ko rase dia bestfren kau. Tapi hakikatnya, kau masih menyimpan segala rahsia dijiwa n tak boleh berkongsi cerita dengan dia. Sedihkan? Aku selalu tersepit dalam isu berkawan ni. Xpelah. Yang penting, kawan dunia akhirat aku sudah jumpa.



Anak. 
Sekarang dah hampir setahun lima bulan aku berkahwin dengan suami tercinta. Isu paling hangat untuk orang dah berumahtangga adalah anak. Dah ada anak? Bila nak ada anak? Rancang ke? Lamenya honeymoon? Tsskkk. Korang paham tak soalan macam tu menyusuk kalbu untuk orang yang macam aku? Bukan kerja aku untuk cipta manusia dalam perut ni. Semua tu kan ketentuan dan takdir Tuhan. Sekali lagi kena bersabar dan redha. 




Tiada ulasan: