Selasa, 31 Januari 2012

SIALPALIS

Benggang gile aku sekarang ni. MEMANG CIBAI LAH  pengarah johor! Sialpalis! Ko boleh turunkan markah SKT aku kan? Padahal antara kwn2 batch aku, aku punya KS yang ade CHARGE RM60k.Tindakan Undang-undang. Lucuthak. Orang lain setakat KUS ks je ko boleh bagi markah lebih. MMG SIALPALIS punya orang. Konon lah sangat bagi markah atas dasar hasil kerja. Abis hasil aku macamana la sial! Yang paling SIAL ko boleh bagi markah sampai 92.50 kat pegawai yang cuti bersalin 3bulan eh? Eh. Memang babi la perangai awak!

Kesimpulannya, tak payah lah ko bersusah payah nak cari kerja pasni. Ko buat kerja macamana pun,  KS ko meletup. Charge berpuluh ribu ringgit pun. Orang tak pandang semua tu. Dia akan bagi ikut gerak hati dia markah tu. Apapun, sekarang ni aku memang xleh bla. BENGGANG gile. Atlis ko bg aku markah sama dengan or lebih kurang dengan dorang yg stakat buat ks KUS tu cukup la sial.

AHHHHH.. xpepasal aku maki hamun dalam entri ni. SORY.

Isnin, 30 Januari 2012

UPT Free!!!

Yayyyy! inilah keuntungan ada kawan kerja kat KKM. Arini saja-saja je tanya Fara dia ade rapat ngn org farmasi ke tak. Then she said OFKOSlahhh! Aku pun saja lah ngendeng kat dia tanya pasal UPT. Dia cakap dia boleh amik kan untuk aku! Wahhh! Gumbiranya hati beta! hahahaha. Terukkan ? UPT pun nak free. hehe. Bukan ape kawan-kawan. UPT ni gunanya adalah untuk kita shi shi atas dia. Sekali test, -ve. Sedih. Dua kali test, -ve. Sedih. Berkali-kali lepas tu test pun kalau asik -ve, rase rugi pulak beli. Satu UPT Stick ni plg murah aku rse kat watson or Guardian adalah dalam 7-8 hengget camtu. Nak yang brand baik, kene sedia dlm RM30 sebatang. So sementara saja-saja nak test banyak-banyak kali ni, baik aku mintak dlu yg free. Tapi kalau tetiba aku test dpt +ve, OFKOS aku akan bli clearblue! hehe. OK, ini aku saja suka-suka ok. Aku belum lagi pregnant sampai ke hari ini. Berharap bulan lepas adalah period aku terakhir sebelum 9 bln mendatang. huhu. Amin Ya Allah..


Yang macam ni xbpe mahal sangat. Tpi brand tatau ape.

Ok yang ni mahal. dlm RM24 camtu. brand Clearblue.

Jumaat, 27 Januari 2012

Bismillahirahmanirrahim

25 January 2012

My first clomid+pregnyl. Doktor cucuk kt punggung! Kebas seharian! Cost utk cucuk n consultation RM160. 7 days before amik clomid husband n wife cost about RM80. So treatment cost for this month RM240. Mse scan doc nmpk ade 3 potential ovum dlm ovari. Size besar n doc said it is very good. Tiada lain harapan kami semoga berhasil usaha ini. Doakan ye..

Selasa, 17 Januari 2012

K A S U T || S H O E S

Kasut. Kalau nak ikut sejarah hidup aku, aku mmg suka buat koleksi kasut-kasut ni. Tapi dulu takde la terfikir nak snap gambar2 kasut aku tu. Saat paling dasyat adalah masa aku kat UiTM Perak dulu. gila ko. Penuh bwh katil kasut aku. adelah dlm berbelas pasang. (dok hostel kasut banyak-banyak nak wat apa tahhhh) Tak termasuk kasut sukan! Ade juga yg jenis flip flop. Tapi nanti aku dok ulang yang mana sedap pakai jugak. hehe. Aku ni sebenarnya, suka pakai high heels. Rase confident level tu up se up nya ketinggian aku. Ok. Tinggi aku dalam 164-165cm camtu. Tak sure sebab stiap kali ukur mesti berubah2! maybe aku xdelah tinggi sangat. Tapi kira tinggi jugak la kot kalau utk orang pompan.


So nak di jadikan cerita, semenjak mula bercinta dengan boyfriend paling aku sayang ( sang suami ) aku dah tak lagi pakai heels. Sebab APA? Sebab tanpa pakai kasut pn tinggi aku dah lebih 2cm dari dia. Jadi tak kan aku nak pakai heels stok tinggi2 lagi kan? Kesian la kat dia. Kang orang ingat dia jalan dengan kakak dia lak. Dah lah suami aku ni awet muda. Nampak macam budak-budak awal 20an je lagi. Sedangkan akuuuuu!! Muka memang sah2 mature gile! Pastu dressing dah memang style akak-akak! Pernah dulu aku isukan hal dressing ni dengan suami aku. Ada ke patut aku suh dia pakai macam orang dah tua sikit sebab sebenarnya aku jeles dia nampak muda ajeee! Aku paksa dia beli baju berkolar. Pakai sua tak yah rabak2 lagi. Kasut beli yang biasa2 je. Hehehe. Teruknya perangai aku. Tapi suami aku ni memang baik hati. Dia layankan je isteri dia ni sebab tak nak kasik aku kecik ati. EEEeee...Dia selalu macam tu. Asik layankan aku je. Lama-lama nanti aku naik lemak! Hehehe. Tapi tak lama lepas tu, aku macam sedar sendiri. Napa lah nak halang dia nk dressing macamne. Amy search rilek je dah tua-tua camtu pun blh lagi pakai jack parcell and converse! ahahaha. So, aku buat keputusan aku yang kne tukar dressing aku. Jangan layankan kakak-kakak aku yang asik sogok baju2 kakak-kakak ni. Jadi aku la yang berubah sikit. Berubah or kembali kepada perangai  lama? Tidakkk.. Dulu tidak bertudung, sekarang bertudung. Tak kan ko nak bukak katup tudung demi style? Eh jup. Ape aku melalut cite sampai ke sini ni???? aduhaiii.. aku nak cite pasal kasut lah! hehehe. Selepas kejadian-kejadian diatas, aku pun ade tanya sang suami, "boleh tak honey pakai high heels kalau kua jejalan dengan b?" dia jawab, "boleh..b ok je.." Aku punya teruja....tapi sampai skrg aku tak tersurvey butik2 kasut kat jb ni. Busy gile.  Jadi aku cuci mata kat tenet ajelah jadinya....


I like GREEN


Nice one!


So Sweet lah! Nak pakai gi mana kalau aku?


Stunning !

Hanjing!


GORGEOUS

Sophisticated
source: Calaman


Semua kasut-kasut ni sangat TEMPTING ok!! Aku nak semua! Tapi nak pakai g mana hoy??? G orang kawen? hihi

Ahad, 15 Januari 2012

Percubaan Kedua

So bln ni kali kedua aku pergi jumpa Dr. Padma. Percubaan bulan pertama dengan makan clomid 50mg x 2 tak mendatangkan hasil lagi. Pada kiraan aku lah, mayb timing ktorg tak betul. Plus ari ke12 aritu tak g jumpa doc. Tak pepasal semalam doc bising, mcmne nak jdi sbb u tak dtg ari ke12! Eh doc ni ade aku lekuk kepala ko 1 kali kang. Padahal aku dah cakap dah kt dia yang aku mmg tak leh datang sebab ade kenduri kat kampung. Hehehe. Agaknye semalam doc badmood kot. Tu yang otak dia lupa terus pasal cite aku.  So...yeah.. 13hb Januari aku period lagi. Sedih lah jugak. False alarm memang slalu je ade. Aku rse bkn false alarm. Tapi sebenarnya aku yang over. Or maybe semua orang yg nk sgt pregnant ni mmg akan over. So that dapatlah false alarm tu. Perasaan sendiri je. Jdi bulan ni malas nk pk pasal false alarm ke ape. Doc dah bg lagi pil clomid. 50mg x 2 sehari selama 5 hari. Jadinya..dengan lafaz Bismillahirahmanirahim.. Ayuh berusaha lagi! hehe. Next appointment dengan doc 25 Januari. So boleh blk kampung CNY ni. Alhamdulillah. Lega hati..


Rabu, 11 Januari 2012

Semangat Yang Hilang

Hello??? Baru 11 hari bekerja dlm thn 2012 (semalam) dah hilang semangat ?? Hehe. bkn hilang semangat apa sangat pun. Cuma aku rasa tak puas hati dengan cara pegawai kontrak baru tu. ko ingat ko sape kan? Ye pangkat ko pegawai. Tapiiiiii...perangai ko sama dengan kawan ko yg pangkat 29 tu. Apa lah masalah nye ko sebagai pegawai bersikap profesional eh? Ok. Arini aku nak bercakap pasal manusia berpangkat ni. Selalunya manusia yang berpangkat ni memang cepat lupa diri. Ada orang kata kalau seseorang tu mula dari bawah mesti dia akan ingat jasa2 orang bawah dan akan sentiasa polite dengan mereka. Ada juga yang kata orang yang terus berpangkat ni akan rasa bongkak dan perasan bagus dengan diri mereka. Pada aku, mende ni bkn isu dari mana datang kau. Mende ni HATI kau! kalau ko seorang yang berhati suci dan baik. Atlis takda lah ko perlu berhati baik seperti Malaikat or else, tpi ko mmg baik. Jadi bila hati kita baik, rasional, optimis, takdenya seseorang yang berpangkat tu akan memandang rendah pada orang bawahan dia. Sebaliknya dia akan berkawan dengan orang2 bawahan mereka. Mana tahu dari orang bawah lah kau akan belanjar macam mana cara nak mengendalikan kerja-kerja kau. Kita hidup ni jangan sombong sangat. Jangan terlalu menongkat langit. Sebab bila kau tak bernasib baik, kau tersungkur satu hari nanti, orang bawah jugak yang akan bersimpati pada kau. Sebab ape? sebab dorang selalunya akan respek pada orang atasan. rasa hormat tu yang akan simpati pada kau.


Sepanjang tempoh aku bekerja, macam-macam orang dah aku jumpa. Macam-macam perangai. Ada yang boleh dicontohi. Ada yang menyakitkan hati. Tapi, satu nama yang aku akan ingat sampai mati, Tn Izani. He's the only ketua yang aku rasa aku paling respek sekali. Seorang yang baik hati dan hati dia tu bersih dari dengki. Kenapalah dalam dunia ni tak ramai orang macam tuan? Saya seronok bekerja dibawah seliaan tuan. Sangat optimis, rasional dan profesional. Dia jugak kategori orang pintar sbb dia masuk U mse umur 17thn. Hasil kerja, TIPTOP. Tuan, saya bangga pernah bekerja dengan tuan walaupun saya tidaklah menabur jasa sebanyak mana di cawangan tuan dlu.


Last but not least.




CSA'S CLAN



I MISS YOU GUYS !! SO MUCH !!

Isnin, 9 Januari 2012

Buah Zuriat

Assalamualaikum.

source : google imej


Korang pernah dengar Buah Zuriat? Buah Zuriat ni katanya hanya terdapat di Makkah. Dari pembacaan aku di beberapa blog, buah ini dipercayai oleh orang2 Arab yang ia boleh membantu kita untuk mendapatkan zuriat.  Dengan izin Allah yang pasti.  Aku nak cite pasal buah zuriat ni. Sebenarnya, akhir tahun 2010, ade sorang kawan aku kt putrajaya dulu bagi aku buah ni. Mase tu aku tatau apa nama buah tu. Dia pun main bagi je kat aku. Dia cakap "ni mak aku cakap boleh tolong ko dapat anak". Tapi yang sadisnya dia tak btau aku cmne nk buat ngan buah tu. Mse tu aku nengok ape ke peliknye buah ni. Macam jering pun ade. lama aku simpan. Pastu bulan februari tu aku nak pindah balik JB aku boleh buang mcmtu je buah tu tanpa google ape ke pelik jenis buah ni. So lenyap cite pasal buah zuriat...

Bulan 10 2011 Pakcik kesayangan aku nak g menunaikan haji kat mekah. So aku pn pas duit kat abah aku suh bagi dekat dia buat belanja masa kat mekah nanti. Bukan banyak pun, tapi aku mengenang pakcik aku tak pernah lokek dengan aku. Dengan aku sorang je oke!!! dengan orang lain aku rse dia lokek. hehehehe. So mse pas duit tu (aku xdapat jumpa dia sebab aku kursus 20hari kat KL) aku sampaikan pesan kat abah suh pakcik doakan aku dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat. Dan hajat aku tu pun disampaikan oleh abah aku kepada pakcik aku. Abah cakap pakcik tulis dalam buku nota dia apa yang aku pesan tu. Huhuhu. Syahdu je hati mengenangkan aku tak blh hantar pakcik time tu.

Balik dari Mekah, pakcik bagi aku handbag mekah, tasbih cantik sangat, dengan satu plastik. Dalam plastik tu ade buah kurma nabi, buah kurma biasa, bunga buah kurma, kacang pandai, coklat dannnn Buah Zuriat! Untuk kali kedua aku dapat mende ni. Masa ni baru aku sedar yang buah kawan aku bagi tu namanya Buah Zuriat. Pakcik aku btau cara-cara nk gnekan buah tu.  Dia cakap, kopek buah tu, dapatkan isi dia, kemudian rebus dengan bunga kurma, kemudian minum air dia. Sambil tu baca beberapa ayat suci sekali. Masa dapat tu, aku mcm rasa elergi lah kan.. Aku ni fobia bab minum2 ni. Tekak kembang memang confirm2 punya! So mende tu aku perap lagi dalam umah. Seminggu lepas tu, Najah pulak kol, cakap nak bagi buah zuriat jugak. Dia ckp nanti dia pas. Kemudian aku lalui hari2 mendatang macam biasa. Tak mencuba langsung buah zuriat tu lagi sampai sekarang.  Sebab dari bulan November aritu aku tengah dalam rawatan dgn gynae. So sekarang aku tengah fokus dengan cara moden dlu.  Dan mengikut kata Doktor Pakar Padma tu, Aku suami isteri sihat dan kitorang memang takde masalah untuk mendapatkan anak. Dia sendiri cakap, it is about time. Tpi semalam, aku macam tersedar, kenapa aku tak nak gunakan buah zuriat tu? Bukan blh mati pun klau stakat minum buah zuriat tu. So, aku akan mula mengopek buah zuriat tu hari ni.

Aku akan cuba demi niat aku untuk dapatkan zuriat aku sendiri. Nak muntah darah pun muntah lah time minum tu. Janji aku berusaha. Hehe. Doakan ye kawan-kawan.



p/s: Sepupu aku amalkan minum buah zuriat ni dan Alhamdulillah..Dia dah berjaya..

Rabu, 4 Januari 2012

HELLO 2012 !

Hi semua! (walaupun xtau ade org bace ke idak blog aku! huahahaha) . Mari mulakan tahun 2012 ni dengan hati yang lebih tenang, fikiran yang lebih matang dan beramal dengan lebih banyak. Azam aku untuk tahun 2012 ni aku tak akan give up untuk mendapatkan my own baby! selagi aku ade daya, selagi aku ade gaji setiap bulan, aku akan usaha sampai berhasil! Doakan sama ye? Trimas!

By the way guys, seperti yang biasa aku buat, patutnya ade entri Anniversary aku dengan sang suami. So, mari mulakan! Alhamdulillah, kami sudah dua tahun belayar dalam kehidupan berumahtangga. Untuk sampai ke tahun yang kedua ini, percayalah, ketabahan, keserasian, kefahaman, dan kepercayaan adalah tunggak utama dalam alam rumahtangga.  Aku bukan lah nak mendabik dada nak puji suami sendiri. Tetapi aku bersyukur pada Mu ya Allah kerana telah mengurniakan aku seorang suami yang sangat mencintai dan memahami aku.  Menerima aku seadanya.  Buruk baik aku, semua dia telan.  Suami aku ni bukan jenis pengungkit, aku je yg selalu mengungkit. Hehehe. Biasalah orang perempuan. Gaduh sikit mulalah otak tu nak rewind mende lepas-lepas and perasan diri sendiri baik sangat. huahahaha.  Mohd. Zulhafiz Bin Zuhari.  Selama dua tahun ni, saya lah tempat awak bermanja, saya lah tukang masak / masterchef awak, sayalah si tukang pengosok baju awak, saya lah tukang yang menyapu habuk2 rokok awak, sayalah  si tukang lipat kain baju awak (si tukang basuh baju adalah dia) si regu gaduh awak, si pengkritik tetap awak, dan segala si dan tukang lah saya ni...tapi....Saya bahagia sangat sebab hidup dengan  awak.  Sehari tak jumpa, rindunya...tuhan saja yang tahu.  Semoga jodoh kita akan kekal sehingga ke akhir hayat kita.  Semoga hidup kita lebih bahagia dan sentiasa bahagia.

Ok. Abis cerita kasih sayang.

Sempena nak menyambut ulangtahun kedua perkahwinan kami, si suamiku telah mencadangkan untuk pergi ke USS dengan tanggungan dia. Aku punya gembira, tak terkata! hehe. First time nk ke luar negara guna passport sendiri! Dulu g singapore tumpang passport mak! heheh.  So aku lah yang menjadi orang yang mengoogle segala pakej untuk ke USS.  Then satu hari tu aku bbm dengan Wanie kawan skolah aku mse kat Teknik, dia yg bagi aku nama Travel agent ni. Dia cakap murah kt situ. So aku terus google and dapatkan segala info. Anddddd...




Mula-mula sampai teruja nak amik gambar dengan Globe ni.


Shrek 4D memang terbaik yang aku tak kan lupa! Seronok gila!



Kami bersama Optimus Prime yang gagah perkasa.



Pinchessss Pionaaak! hehehe. Versi kurus sebab diet.


Seronoknya. Tak terkata!


Feeling-feeling LookBook. Shawl - Sugarscarf. Top - Topshop. Handbag - Topshop.



'Tangan didada Mata ke atas'



And The winner of Best Wife goes tooooooo... Me! hehe.


At Orchard Road.


Kek Anniversary yang cantik dari Kawan Sekolah saya



Lovely sangat kek ni and SEDAPPP


Sesungguhnya aku sangat bahagia. Terima kasih Ya Allah.



Ini Entri Emosi

Assalamualaikum!

Kawan datang dan pergi. Nak harap yang stay ngan ko bkn sng nak jumpa. Kalau yang ada pun tatau last smpai bile. So this thing happened to me again. Aku tau aku bukan kawan yang baik. Tapi aku cube jaga hati kau. Sebaliknya, apa yang kau cakap kat aku? Aku tataulah kalau luaran aku ko nampak aku bangga dan menyombong. Lagi2 ko nk cakap pasal keje aku sekarang. Apa masalah kau? Dont jump into conclusion lah weh if u dont know the answers supposed to! Apalah salahnya ko berfikiran dari sudut yg realistik. Aku ni dah berumah tangga. Aku ada suami yg aku patut hormat. Yang wajib aku taat. Tak boleh ke faham apa yang aku cakap kat ko aritu? Sekarang aku mmg upset gila. Bila aku mendiamkan diri, ko rase aku mcm ignore. Aku rasa kita perlu berehat. Dah besar. Sama2 dah berumur. Pandai2 lah fikir.

I raise my case.