Selasa, 17 Januari 2012

K A S U T || S H O E S

Kasut. Kalau nak ikut sejarah hidup aku, aku mmg suka buat koleksi kasut-kasut ni. Tapi dulu takde la terfikir nak snap gambar2 kasut aku tu. Saat paling dasyat adalah masa aku kat UiTM Perak dulu. gila ko. Penuh bwh katil kasut aku. adelah dlm berbelas pasang. (dok hostel kasut banyak-banyak nak wat apa tahhhh) Tak termasuk kasut sukan! Ade juga yg jenis flip flop. Tapi nanti aku dok ulang yang mana sedap pakai jugak. hehe. Aku ni sebenarnya, suka pakai high heels. Rase confident level tu up se up nya ketinggian aku. Ok. Tinggi aku dalam 164-165cm camtu. Tak sure sebab stiap kali ukur mesti berubah2! maybe aku xdelah tinggi sangat. Tapi kira tinggi jugak la kot kalau utk orang pompan.


So nak di jadikan cerita, semenjak mula bercinta dengan boyfriend paling aku sayang ( sang suami ) aku dah tak lagi pakai heels. Sebab APA? Sebab tanpa pakai kasut pn tinggi aku dah lebih 2cm dari dia. Jadi tak kan aku nak pakai heels stok tinggi2 lagi kan? Kesian la kat dia. Kang orang ingat dia jalan dengan kakak dia lak. Dah lah suami aku ni awet muda. Nampak macam budak-budak awal 20an je lagi. Sedangkan akuuuuu!! Muka memang sah2 mature gile! Pastu dressing dah memang style akak-akak! Pernah dulu aku isukan hal dressing ni dengan suami aku. Ada ke patut aku suh dia pakai macam orang dah tua sikit sebab sebenarnya aku jeles dia nampak muda ajeee! Aku paksa dia beli baju berkolar. Pakai sua tak yah rabak2 lagi. Kasut beli yang biasa2 je. Hehehe. Teruknya perangai aku. Tapi suami aku ni memang baik hati. Dia layankan je isteri dia ni sebab tak nak kasik aku kecik ati. EEEeee...Dia selalu macam tu. Asik layankan aku je. Lama-lama nanti aku naik lemak! Hehehe. Tapi tak lama lepas tu, aku macam sedar sendiri. Napa lah nak halang dia nk dressing macamne. Amy search rilek je dah tua-tua camtu pun blh lagi pakai jack parcell and converse! ahahaha. So, aku buat keputusan aku yang kne tukar dressing aku. Jangan layankan kakak-kakak aku yang asik sogok baju2 kakak-kakak ni. Jadi aku la yang berubah sikit. Berubah or kembali kepada perangai  lama? Tidakkk.. Dulu tidak bertudung, sekarang bertudung. Tak kan ko nak bukak katup tudung demi style? Eh jup. Ape aku melalut cite sampai ke sini ni???? aduhaiii.. aku nak cite pasal kasut lah! hehehe. Selepas kejadian-kejadian diatas, aku pun ade tanya sang suami, "boleh tak honey pakai high heels kalau kua jejalan dengan b?" dia jawab, "boleh..b ok je.." Aku punya teruja....tapi sampai skrg aku tak tersurvey butik2 kasut kat jb ni. Busy gile.  Jadi aku cuci mata kat tenet ajelah jadinya....


I like GREEN


Nice one!


So Sweet lah! Nak pakai gi mana kalau aku?


Stunning !

Hanjing!


GORGEOUS

Sophisticated
source: Calaman


Semua kasut-kasut ni sangat TEMPTING ok!! Aku nak semua! Tapi nak pakai g mana hoy??? G orang kawen? hihi

Tiada ulasan: