Isnin, 30 Januari 2012

UPT Free!!!

Yayyyy! inilah keuntungan ada kawan kerja kat KKM. Arini saja-saja je tanya Fara dia ade rapat ngn org farmasi ke tak. Then she said OFKOSlahhh! Aku pun saja lah ngendeng kat dia tanya pasal UPT. Dia cakap dia boleh amik kan untuk aku! Wahhh! Gumbiranya hati beta! hahahaha. Terukkan ? UPT pun nak free. hehe. Bukan ape kawan-kawan. UPT ni gunanya adalah untuk kita shi shi atas dia. Sekali test, -ve. Sedih. Dua kali test, -ve. Sedih. Berkali-kali lepas tu test pun kalau asik -ve, rase rugi pulak beli. Satu UPT Stick ni plg murah aku rse kat watson or Guardian adalah dalam 7-8 hengget camtu. Nak yang brand baik, kene sedia dlm RM30 sebatang. So sementara saja-saja nak test banyak-banyak kali ni, baik aku mintak dlu yg free. Tapi kalau tetiba aku test dpt +ve, OFKOS aku akan bli clearblue! hehe. OK, ini aku saja suka-suka ok. Aku belum lagi pregnant sampai ke hari ini. Berharap bulan lepas adalah period aku terakhir sebelum 9 bln mendatang. huhu. Amin Ya Allah..


Yang macam ni xbpe mahal sangat. Tpi brand tatau ape.

Ok yang ni mahal. dlm RM24 camtu. brand Clearblue.

Tiada ulasan: