Jumaat, 17 Disember 2010

What A Busy Month!

borink sgt. bln lepas bizi. bln ni pn sama gak..dahla kene assist cawangan lain pye ks. mcm hampeh la korang pye operation order! this week dok kelate seminggu. next week jgnla mengejut kene g sabah pulak.. aku xmo.. nk celebrate my 1st anni with hubby.. sedih betul bile kne tglkan dia lama2.. dia mesti lagi sedih..xpela syg, semua ni dugaan untuk kita.. saya tau kita berdua ckup kuat utk menghadapi semua dugaan dugaan ni kan..

For my 1st anni, aku plan nk wat doa selamat kat masjid kt kampung.. minta keberkatan dari Allah..semoga jodoh kami dipanjangkan sehingga ke akhir hayat.. semoga kasih sayang kami tidak pernah pudar..semoga cinta kami dikurniakan cahayamata yang sempurna..betapa Allah sahaja yang tahu ape kehendak hati kecil aku...

Kawan-kawan doakan kesejahteraan rumahtangga kami ye..


saya sayang awak sampai hujung nyawa saya..


Selasa, 30 November 2010

Reward Urself!

bulan November bulan paling pack n bulan paling rajin bekerja buat aku. penat! tak sanggup rasa. aku bekerja sampai kene tido di opis. overtime sampai jam 2 pagi. hari sabtu dan ahad bekerja macam biasa sampai jam 11 mlm. bayangkan overtime utk hari sabtu dan ahad punch in 0900. punch out 2300! aku rasa nak maki maki je orang yang buat aku satu opis kene berkampung kat opis berhari hari. punah ranah mood n plan aku untuk minggu tu. setelah seminggu bergelumang dengan dokumen dokumen awam, kini masa untuk claim OT! haha! part ni, seme segarrrrr...seme gembiraaaaa...masa ni lah nk bantai claim habis habisan. siap claim muke seme bahagiaaaaa! aku rasa berbaloi penat lelah aku dengan jumlah yang aku dapat tu. So mari berbelanja! dalam kepala penuh dengan benda benda macam nih :-
















aku tatau nak mana satu. grrrrr... kene beli satuuuuuu je!


Selasa, 2 November 2010

Masalah Datang dan Pergi

hidup kita mana pernah lari dari masalah.  masalah ni kadang kadang memang betul betul mendatangkan masalah untuk kita.  tapi ada juga masalah yang membuatkan kita bermuhasabah dan refresh siapa diri kita. kalau aku bermasalah selalunya aku mesti macam orang tertekan. kadang kadang aku rasa dalam dunia ni aku sorang je yang ditimpa masalah. huhu. kalau kene setelkan task kat office pun jadi masalah gak kat aku.  tapi opismate aku leh cakap aku cool je kalau wat keje. tau tau je dah siap. haha. itu kata dia. dia tak tau dalam hati aku dah sampai rasa nak benti keje je adenye! tu masalah kt tempat kerja. macamana dengan masalah personal? masalah keluarga? masalah rumahtangga? masalah jirantetangga? dan masalah tangga nak naik umah aku tingkat 5 tu?

kalau bermasalah selalunya kita mesti ada rasa nak mengadu dengan someone yang kite betul betul percaya. someone yang tau kita adanya. kenal buruk baik kita. kalau aku, aku hanya ada dua kawan untuk dimengadukan. seorang ibu untuk mendengar rintihan. seorang bapa untuk diminta nasihat. dan seorang suami untuk diadukan segala galanya kepada dia.  dan satu satunya Tuhan yang ku sembah untuk memohon kekuatan diri dan berdoa untuk diringankan segala masalah.

bercerita pasal masalah dan mengadu ni, aku memang sangatlah prihatin sikit. sebab pada aku masalah masalah aku bkn calang calang masalah. kadang kadang masalah negara pun boleh jadi masalah dalam idup aku.  bila aku dilanda masalah, selalunya aku akan teringatkan dua kawan aku ni untuk aku mengadu. untuk minta nasihat dan untuk bertanyakan pendapat. tapi selalunya untuk masalah yang berat, aku suka refer kepada kawan aku yang sorang tu. shes very matured compared ngn aku. ofkos la dia lagi tua dari aku. tua setaun jela tapinye. since dia ni suke blaja psikologi and suka pergi kursus kursus motivasi, so bila aku bercerita dekat dia, aku rasa macam tenang je. dia mmg pandai bagi nasihat.  dan dia memang boleh jadi penenang jiwa aku. dia tak kan buat kau lagi nk marah or rasa terbeban dengan masalah yang kau hadapi. dia sangat positive.. aku memang sayang dia dunia akhirat lah!

kawan yang sorang lagi, aku rasa dia lagi kenal aku luar dalam. buruk aku lagi dia kenal. inikan yang baik. haha. dia pendengar yang baik. n aku rasa dia slalu support aku. sayang kau lebih lah!

tapi kawan kawan, tak semua masalah kita boleh berkongsi dengan kawan kawan, parents and suami kite.. kadang kadang kita terpaksa pendamkan sendiri apa yang menjadi masalah tu.  aku rasa bila masalah pejabat, kite boleh kongsi. masalah keluarga dan rumahtangga, simpanlah sendiri. rahsia kebahagian? rahsiakan rahsia anda. eh mcm penah baca ayat cmni. huhu.

cuma masalah aku yang satu ni, aku hanya boleh kongsikan dengan Tuhan Pencipta Maha Kuasa..  semoga setiap masalah yang aku hadapi lepas ni, aku lebih tenang hadapinya. 


korang selalu mengadu ngan siapa?

Isnin, 25 Oktober 2010

Kalau Bergaduh

oke.Entri ni aku nk potpet panjang sikit. maybe sebab aku penah lalui dalam kisah-kisah silam idup aku.hehe. Bergaduh disini aku maksudkan kalau bergaduh dengan kawan. Kalau korang korang watpe?tak kisah lah kawan tu kawan baik kau atau kawan tu just kawan kawan je dengan korang. dulu aku kalau bergaduh memang cepat panas hati. nak nak dengan kawan yang just kawan kawan je. gila bila kau tade pun rasa pape sangat dengan minah ni, tapi tetiba minah ni leh maki-maki kau kaw2 punya. ofkos la aku akan tunggu minah tu depan pintu umah dia. tak dapat banyak, sikit pn jadi la kaki aku naik kat muka dia. but well, itu cite zaman darah muda.  orang kata hati muda jangan di lawan. panas baran. tapi bila ingat-ingat, tak perlu la semua carut mencarut and tampar menampar seme tu kalau bergaduh. macam tunjuk level kebodohan kita. sekarang kitorang berbaik macam tak penah ade sengketa. aku suke. kami sama sama buat buat lupa.  Bila aku besar lagi sikit, ade lagi orang cari gaduh. kali ni aku cool sikit. aku tak sibuk nak maki dia. aku tak tunggu dia depan pintu umah dia. sebab umah dia dalam banjaran gunung ganang. aku tatau umah dia katne. haha. tapi ni antara pergaduhan yang paling best aku rase dalam idup aku sebab gaduh terus takyah kawan. anggap jelah kau macam aku tak kenal. idup aku tenang. idup kau pun senang. Lame sikit bila da meningkat dewasa, ah gaduh lagi! dengan kawan yang baik juga dalam idup aku. isu? orang ketiga. oke2. aku salah. aku da mintak maaf. tapi still, untuk kebaikan kite bertiga, aku dengan dunia aku. kau dengan dunia kau. tapi kawan, aku kadang-kadang rindu betul dengan kau. rindu nak dengar cerita-cerita sengal kau. untuk yang kali ketiga ni, aku terus senyap. tak melawan. tak cuba menegakkan apa-apa kebenaran. sebab bila lawan kau tengah membara macam api yang tengah jilat rumah setinggan, tak kan kau nak tambah lagi kemarahan dia kan? takde guna pun. so aku diam. diam. terus diam. diam tapi aku sayang.

yang aku nak kongsi kat sini sebenarnya, apa pendapat korang buat yang suka bergaduh di hadapan public contohnya di laman sesawang sosial seperti facebook? yang ni maki yang tu. yang tu maki yang ni. last-last dua-dua da nampak macam sundal bolong. aku pelik la. kenapa mesti macam tu ek? puas hati? mungkin. untuk orang yang jenis macam tu kot. untuk aku? sorry. bukan aku nak maki maki orang dekat public. sungguh tak rasional. plus, ko tak malu ke dengan kawan kawan lain yang ade dalam list friends kau tu? buatnye ade adik beradik kau dalam facebook tu, kau rase dia tak segan ke ade adik macam kau? hehe. terpulanglah pada pendapat masing masing kan. ade yang rase facebook adalah tempat yang sesuai untuk luahkan perasaan. mungkin dia rasa kurang sikit bebanan dia bila dapat maki orang kat status dia.

apa pun cara kita lepaskan geram kalau bergaduh, janganlah sampai ternampak personaliti kita yang tak molek. simpan-simpan la untuk diri kita sendiri. untuk aku yang bergaduh dengan seorang lelaki masa sekolah tingkatan tiga dulu, terima kasih buat aku benci kau gila-gila. last-last kau jadi suami aku! hehehe... untuk semua, kurangkan membenci. tambahkan kasih sayang.  aku nak hidup dengan aman dalam sisa baki kehidupan yang ada ni.


xoxo
Peace.no war.

Ahad, 24 Oktober 2010

rindu


aku rindu kau.kawan.sungguh!
kenapa kita dah tak berkawan lagi?

semoga kau bahagia selalu.

Positif :: Optimis







Positif. Optimis. kene semat dalam otak. since aku ni mmgla seorg yg -ve thinker sejak azali, agak ssh la aku nk biasakan otak aku untuk jadi positif sepanjang masa. instead of fikir kebaikan, aku slalu fikir keburukan.ouhh..berubah cepat!sebelum aku menjadi seorang yang pesimis.kolot.pembenci dan segala mak nenek yang seangkatan dengannya. bahaya. bahaya.


Khamis, 21 Oktober 2010

:: tak semua ::

tak semua apa yang kite nk tuhan makbulkan..
tak semua..


kadang-kadang rse jeles dengan apa yang orang lain ada..
tapi ade tak org len jeles dengan apa yang kite ada?mm..


sepatutnya lebih bersyukur dengan apa yang ada..apa yang da dimiliki..
sekarang aku da boleh kuat semangat sikit..da boleh telan segala yang diaturkan Dia..


tapi aku belum berhenti mencuba apa yang aku nak tu..
semoga Allah murahkan rezeki aku..

Rabu, 15 September 2010

Pengalaman Pertama

Tahun pertama beraya sebagai isteri, menantu dan kakak ipar kepada suami dan keluarganya..Perasaan?Sangat lain..huhu..tpi byk yg aku da blaja kt umah mertua aku..yg penting aku da tau nk wat ketupat daun palas..Family aku bkn org pantai timur or utara yang mengamalkan makan ketupat daun palas di pagi raya..Kami selalu di pagi raya makan ketupat nasi, lemang, rendang daging, ayam masak kari, kuah lodeh, kuah kacang..so ketupat pulut daun palas tu mmg tak pernah jumpa la dalam family aku sepanjang aku dipelihara family selama 24 tahun yg lalu..tpi taun yg ke 25 ni, aku bkn blaja cara masak ketupat pulut tu je, tpi anyam dia pn aku belaja! hehe..syok jugak bile da pandai wat ketupat pulut daun palas tu..sbb senang sangat! Family mertua aku makan yang berat2 di pagi raya.. Dia masak nasi minyak, ayam masak merah, daging kurma, acar nenas, udang sambal..mm..mmg different sesangat la ngn family aku..tapi aku enjoy! masakan ibu mertua aku memang sedap-sedap..kalau tak, tak kn ade kedai makan kan???tapi lupa la nk snap pics makanan ibu mertua aku masak tu! haihhh.. kla, ni pics sepanjang raya pertama..


Selamat Hari Raya :: Maaf Zahir Batin


Sesi 'Beraya'..


Aku pn 'Beraya' jugak..sedih masa ni..


First Time 'Beraya' sebagai seorang isteri


Sesi Ampun dan Angpow 1


Ampun dan Angpow 2


Bile la rezeki nak ada baby sendiri kan?


My sweetchilds


Gangsta!

Khamis, 2 September 2010

Selamat Hari Raya

R.A.Y.A

dulu masa kecik kecik sukala bila raya nk tiba.suke ngk mak wat kuih raya. wat kek rebus. kakak2 wat kuih sarang semut. mm..aku men mercun je. wat kuih tak pandai. abiskan kuih aku pandai. pastu abah bwk sopink baju raya. bagi duit suh pilih sdri. wah bestnye! bila malam sehari sblm raya da sibuk dok dpn tb nk dgr pengumuman raya. padahal da tau2 da mmg lusa baru raya. tpi bila da umum je, aku ngn kakak aku pye lompat..tak hengat! huhu..selalunya along akan balik mlm raya. mlm tu dia balik mesti bwk mercun berdozen dozen. peh! mcm smbutan kemerdekaan da kt uma aku bila mlm raya. fuhh...rindu seme kenangan mcmtu.. sekarang da lain.. da rase kelainan dia.. selama ni pagi raya mesti tlg mak wat kuah kacang n kemas2 dapur. susunatur meja makan.. kalau adik beradik len yg da kawen tak balik, tpi aku ade tlg mak..aku jela jdi kawan mak..tapi tahun ni, aku da jdi isteri orang..n taun ni jugak aku da janji ngn suami nk beraya rumah mak mertua aku dlu..mula2 tade la rasa apa sangat since aku pk itula cara utk aku berkumpul balik ngn adik beradik aku next year! tpi tetiba sedih pulak aritu bile kol mak, mak ckp nti pagi raya tade sape nk tlg dia..iskk...mcmne la perasaan aku di pagi raya nti bile sambut kat rumah mertua kan..

apa-apa pun, aku sayang suami aku..

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA RAKAN RAKAN TERCINTA..SEMOGA HIDUP KITA LEBIH BERMAKNA...

mengharapkan rezeki Allah di bulan yang mulia ini...amin..



me.
kalinda

Rabu, 25 Ogos 2010

bila orang lain tidak mengerti..

takpe. aku tak kisah bila kau tak faham apa aku rasa. sebab kalau kau faham atau tak, aku ttp kene lalui mende tu sendiri. sekarang mmg selalu takde mood. tensen. frust dgn mgmt employer aku. seme2 la. tpi satu yang pastu. things happen for reasons. aku tabahkan hati. ingat illahi. sayangi suami. cekalkan hati.



kepada sahabat tersayang kaydee, semoga tabah hadapi dugaan tuhan. aku sayang kau macam mana kau sayang n selalu berkongsi suka duka dengan aku. walaupun...


lotsa love,
kalinda

Ahad, 11 April 2010

Dugaan Datang dan Pergi

hidup baru aku  :



first.aku jauh dari suami..lebih kurang 378km dari suami.

second.aku da tau jalan ke putrajaya.

tiga.aku berdikari semula.mcm mase stadi dlu.

4.aku jumpe kawan baru.su name dia.ok.nmpk mcm serasi.

lima.aku kne extend stadi.sakit jiwa betol.

6.aku rindu nak masak untuk suami.

seventh.aku rindu rumah murah kami di jb.

lapan.aku kne stadi law lagi.

sembilan.aku kne kursus smpi bln 8.

sepuluh.belum tentu aku dapat balik jb utk posting.

sebelas.gaji aku da selesa. byk elaun jdi penguasa. aku suke ini!

12.aku kua keje gelap.balik keje pn gelap.what a life!

13.aku semakin berani.asik kne public speaking.tpi aku tak nk jdi penceramah.

empatbelas.aku kne 2.4km.lari2 anak sudah.

limaBelas.aku harap aku tabah.sabar.kuat iman.ingat tuhan selalu.







AKU RINDU SUAMI TERCINTA!!!!!!

Isnin, 22 Mac 2010

Jiwa-Jiwa

Sepanjang minggu lepas adalah minggu yang paling tough untuk suami dan aku harungi.
ntahla.
dugaan datang dalam pelbagai bentuk.
semoga suami tabah menjadi ketua keluarga kepada ibunya dan aku.
U r my hero. apepn jadi, saya ttp sokong awak suami..

kepada MIL,
tabahkan hati.saya syg mak mcm mak saya sdri.

lots of love
me

Rabu, 10 Februari 2010

Kerja Baru dan Sangat Mencabar






saya dapat tawaran kerja baru.dan ia sangat mencabar.nama jawatan saja sudah cukup mengambarkan deskripsi tugasnye.saya suka dapat kerja baru.tapi saya sedih.kerja ini memerlukan saya meninggalkan suami selama 6 bulan.saya tau suami pun sedih.tapi dia tabahkan diri dan izinkan jua saya terima offer kerja baru ni.sayang, saya pegi untuk mase depan kita k.semoga kita sama-sama tabah menghadapi hari-hari mendatang.saya sayang awak sampai mati.

Sabtu, 30 Januari 2010

tak semuanya INDAH

hidup ni macam2 dugaan..kadang-kadang aku rase mmg tiada orang dalam dunia ni yang akan faham perasaan orang laen..tiada siapa pun yang boleh mengerti apa yang difikirkan dan apa yang terbenam dalam hati. kadang-kadang kita terdetik bahawa kita berada di kemuncak kebahagiaan.tapi tiba-tiba rupanya kat depan tu ade cerun yang dalam yang meruntuhkan kebahagiaan kita.

aku sebagai seorang wanita, sahabat, anak dan isteri kepada orang-orang yang penting dalam hidup aku. aku terfikir, fahamkah mereka dengan kehendak hati aku? fahamkah mereka dengan apa yang aku fikirkan? sebagai seorang wanita, naluri kita sangat rapuh. kita selalu ingin yang terbaik dalam hidup kita. kalau boleh semua wanita mahu jadi wonderwoman! wanita yang hebat. begitu juga aku. sebagai sahabat, aku mahu persahabatan yang telus dan saling menghormati. sebagai seorang anak, aku mahu mereka faham apa yang aku inginkan. aku xsuka paksaan. dan sebagai seorang isteri, aku mahukan kasih sayang yang berterusan. aku sangat dambakan perasaan dihargai oleh lelaki bernama suami. 

tapi inilah kehidupan.ada masa kita riang kegembiraan.ada masa kita rasa bialah dunia ini pantas berakhir.bia tenggelam semua perasaan.aku sangat menyayangi sahabat, mak dan abah, dan lelaki yang paling aku cintai.suami. semoga jodoh kita semua berpanjangan. aku sayang kamu semua wahai orang-orang penting.
percayalah kalau korang xnampak mende tu semua dalam mata aku, tapi ada dalam hati aku.

kepada sahabat, maafkan aku kalau ade gurau yang mengecilkan hati.tiada niat laen selaen mahu bergurau. kepada mak dan abah, ampunkan salah silap saya.dari kecil sehingga lah detik saya sah menjadi isteri kepada suami saya.  dan kepada suami, terima kasih kerana menjadikan saya isteri. saya sangat menyayangi awak. ampunkan semua kata-kata saya yang selalu koyakkan ati awak. saya tatau nape saya selalu sakitkan ati awak.. maafkan saya..

Jumaat, 29 Januari 2010

Kawan (lagi-lagi dan bosan)


hehe. ag u igt x pic ni? time ni kte kne denda sbb anta assgmt teech lmbt!
yg pntg teech maki hamun tapi kite tetaappp!smpt bergamba!!!




 
aku rindu sgt kt kwn2 lama yang baek ati n penyayang. haihh..nanad n naja ofkos rindu gak kt korg. byk tu kenangan kite mse kt perak.seme aku simpan elok2 nti kalau ade anak and anak da besar, aku nk citer ngn dorg pasal kesengalan korang semua.hehehe.

aku xde ramai pn kawan. so aku sgtla nk menjaga hati kawan yg ade. ade kawan yang dlunye aku anggap mcm kawan baek. mcm abg or akak. tapi seme bawak diri sbb konsep kawan tu tak dibawa dengan betul. xpela.kalau salah tu datang dari aku nk wat mcmne kan. tapi aku sedih jugak la. kenapa ko wat aku mcmni?
kite kawan lame da. lagi lame dari kawan2 aku yg sekarang ni. tapi ko tetap xblh nk faham situasi keadaan yang sentiasa akan berubah. xkan ko kenal aku mse skola menengah, perangai n life aku akan kekal sama mcm tu je? kite kan manusia. manusia berubah. tapi berubah tade la sampai aku lupakan ko. pinggirkan ko. apela seme ni ek. Tuhan masih nak menguji persahabatan kite. xpe. walau mcmne teruk pun seorang kawan tu remukkan ati aku, aku ttp maafkan korg. percayala. aku tak berdendam pn. xkisah la ngn felda ke. ngn abg ke. ngn kakak ke. korg dgn life korg. aku ngn life aku.



 
apepun, aku masih ade mereka ni. aku sayang korang tau. percaya la.


waktu present project teech. kite success kan ag???hehe 10/10!!

nanad. ni uma sewa kite ngn ferdi.

naja. slalu dtg mersing nk mandi laut. nadiah. blkg tu bkn entiti oke.


Rabu, 27 Januari 2010

Scroll Lock

aku skg sgt addicted membeli shawls dari sebuah laman blog.
n yg tukang jual tu pn comel. (dgn harapan bile pakai shawl tu, aku pn comel mcm dia! wekkks!!hehe)

aku bkn nk cite pasal shawl arini.

aku nk cerita yang minggu ni aku akan husbandless selame 4 ari.. apela aku nk wat ujung minggu ni ek? nk lepak uma akak aku dia lak xde. gi kl. xkn aku nk melepak uma bujang kawan aku lak kn??ramai benor org. rimas pulak! hmmm..minggu ni minggu paling xbest. aku asik sakit kepala je. korang penah rase darah kt urat2 area idung nek sampai kepala?? sakit doh. hampir setiap pagi aku mengalami penyakit tiba2 ni. lepas tu mula la pening. nk ckp migraine. xla kot. nk ckp demam. dia seram sejuk sekejap-sekejap je. apehal la agknye. lepas tu, minggu ni la encik suami asik nk merajuk. penat doh nk layan. tpi layankan la jugak sebab aku ade dia je kn kt uma tu. hehe.


aku plan nk g jln2 kt metrojaya danga citymall weekend ni.dgn dayah si senget otak mereng. ade warehouse beb!jualan longgok.hehe.tpi cuci2 mata je.duit nk simpan nk beli handbag high end.kan nadiah?hehehe.berangan la korang berdua!! duit nk simpan nk g honeymoon la! nti nk beli cokolat byk2. alamak! birthday nadiah da dekat la!! ape aku nk wat ek?? yes.yes. ade idea.hehe..surprise syg!!!

mmm..tapi nti mlm2 mesti bosan kan?xde kwn nk gado. xde org nk puji sy pye masakan. alahai..bile la nk dpt lepak weekend sama2 ni. mgu lepas aku da ke shah alam. tglkan dia sorg. mgu ni aku lak tgl sorg. jangan PAK AJI kua sudahh!!


aku kalau boleh xnk stress2. mls nk pk keje. or pk pasal org yg sibuk nk berentap dgn aku. skt kepala tau tak!

Selasa, 26 Januari 2010

ANNOYING

kau sgt   ANNOYING

kau sedar x?

aku heran la perangai ko ni..

heh!






aku xfaham dengan perangai orang yang sangat posser.
weyh. get a life lah!

Jumaat, 15 Januari 2010

wtf!!!

JPN block aku pye blog??





mak aiii..

aku blogger tegar ke???

Khamis, 14 Januari 2010

RISAU!

Wah.


aku sungguh risau! takutttt!
isk..cmne la rupanya nti ek??






Selasa, 12 Januari 2010

big day!


raja sehari. x close up la pic ni..


asik dtg lambat je!


Naja : BFF


Nadiah : BFF


syg mereka!


suke!


air itu lazat!


us


mereka : keluarga


mereka : sahabat

Isnin, 11 Januari 2010

Aku Terima Nikah


Dgr Ceramah sbb dtg lmbt!



Ibu Mertua saya! (tudung pink) ssh ati n nebes mengalahkan anak yg nk akad nikah! hehe


"Aku terima nikah Kalthum Binti Yusof dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai"
Sekali Lafaz oke! Love U darling!


Aku pun nebes jugak


ok mase ni nafas jdi sesak..sedih kot!!





Suami baca taklik


In-Law



dah sah syg!



jom2 pat msk blk!




* sources: budak skema dan nikon sy.

Permulaan atau Perubahan Kehidupan?


Hi!

Lama sungguh tak mencurah perasaan kt blog ni.sekarang aku sudah sedikit free..cume perlu memberi tumpuan kepada Encik Suami dan PJJ sahaja. dan kerja. ok entri aku harini adalah untuk mengimbas kembali saat-saat aku melalui hari-hari besar sepanjang disember lepas. hari-hari bahagia yang paling bermakna. kehadiran kawan-kawan tercinta ofkos menceriakan suasana. aku ingin berkongsi sedikit pengalaman aku before, during and after majlis.

hey kawan. isu pertama sudah tentu duit! pastikan korang mempunyai duit dan budget yg mencukupi. untuk aku, ye aku sangat independent untuk meraikan majlis aku itu.  dari duit bridal, hantaran, photographer, hinggalah duit beli lembu, canopy, p.a system n even upah org basuh pinggan mangkuk pn aku kuar kan dari poket aku dan suami sdri. aku mmg betol2 xnak susahkan abah n mak. but except for doorgifts. my beloved sister Mariati Yusof yang sponsored. dia mmg kesayangan aku. sgt pemurah walaupun kadang-kadang mulut kuat membebel. dan adik beradik yang laen, seme mengambil tempat sebagai ad-hoc pada hari majlis berlangsung.  Oh ye, Safarina pn sponsored kuih benderam juga sebagai doorgifts.  Korang jangan pandang remeh pada mende2 yang kecil. list kan semua dari sekecil-kecil perbelanjaan sehingga yang beribu-ribu itu supaya korang boleh sediakan wang yang mencukupi. aku bkn dari family yang kaya raya. yang abahnya boleh taja kawen anak2nya. huhu. zaman itu sudah berlalu. adela 2-3 org adik beradik aku kawen abah taja. smpi time aku, sila berusaha sdri ye kalthum! tpi aku puas hati. aku tak menyusahkan abah n mak! puas sangat!!

ok keDUA, aku nasihatkan kepada kawan-kawan pengantin, please kalau ko mmg tak boleh dtg mase majlis reception, please jangan dtg sehari sebelum majlis. atau lebih tepat mase pengantin tengah bertungkus lumus menyiapkan projek2 akhir beliau. dan lebih2 lagi malam itu beliau akan bernikah. please la consider skit. pk la dia perlu rehat yang cukp. plus byk benda yang dia perlu settle kn sblm mjlis nikahnye. ni nk kne layan kawan-kawan. serius. tak terlayan beb.  aku sgt lucky sbb kwn-kwn karib aku (yg mmg diundang dtg awl!) ade bersama-sama aku utk tlg aku siapkan semua projek2 last. klu xde dorg aku tatau la mcmne..thanks korang! (korang adalah nanad, najah, naza, yanti, asrul, dilot dan adik syg jana)dorg mmg sgt2 membantu aku. but then, klau korg nk dtg mse majlis nikah aku rase ok. mase tu pengantin ofkos da tak pk ape sgt selain nk mjlis berjln dgn lncar. thanks to nadzrah n dilot yang dtg mase mjlis nikah aku! n nadzrah yg dtg dari jauh siap bwk family lg. tharu akak!

keTIGA,  sepanjang majlis berlangsung.  SANGAT PERLU SEORANG KAWAN UTK CONTROL majlis tu.  ye aku ade nanad, yang sgt aktif dan sgt tahu ape perlu dibuat spnjg mjlis. dari pegang tgn aku utk menghadap tok kadi dan suami, pakaikan aku kasut, amik kn gambar dan juga lap2kn peluh! dia sgt membantu. rakan-rakan karib mmg sgt penting. mereka adalah org yg paling memahami kite dan dia adalah org-org yang mmg ingin meraikan bersama majlis kite dengan ikhlas! aku sgt dapat merasai perasaan ni sepanjang majlis aku berlangsung.  thanks korg! (again)

keEMPAT, cari DJ utk mjlis korg yg mmg best. dia antara org yg akan mengemudi majlis korg tu nti dgn baek. sbb dlm kesibukan mjls reception, family kite mesti sibuk dgn tugas masing2 kan? so sesi utk bergambar sgt penting en.DJ utk announce name dorg supaya kite dpt bergambar bersama!hehehe..

keLIMA, cari tukang masak yang masakan dia sedap utk mjlis makan beradab! pengantin sgt lapar ok!

keENAM, selepas habis semua majlis, pastikan korg ade duit utk teruskan hidup sementara menunggu gaji seterusnya! jgn larap semua duit utk majlis! dan aku mmg sudah bersiap sedia bekalan duit utk hari muka..hehehe..

oke. ini dulu utk entri kali ni.aku akn up sikit2 pics spnjg mjlis.tpi bkn dari photographer punya.dari camera sdri dn rakan sahaja.




- pic credit to budak skema


*p/s:  i love u bff!