Sabtu, 30 Januari 2010

tak semuanya INDAH

hidup ni macam2 dugaan..kadang-kadang aku rase mmg tiada orang dalam dunia ni yang akan faham perasaan orang laen..tiada siapa pun yang boleh mengerti apa yang difikirkan dan apa yang terbenam dalam hati. kadang-kadang kita terdetik bahawa kita berada di kemuncak kebahagiaan.tapi tiba-tiba rupanya kat depan tu ade cerun yang dalam yang meruntuhkan kebahagiaan kita.

aku sebagai seorang wanita, sahabat, anak dan isteri kepada orang-orang yang penting dalam hidup aku. aku terfikir, fahamkah mereka dengan kehendak hati aku? fahamkah mereka dengan apa yang aku fikirkan? sebagai seorang wanita, naluri kita sangat rapuh. kita selalu ingin yang terbaik dalam hidup kita. kalau boleh semua wanita mahu jadi wonderwoman! wanita yang hebat. begitu juga aku. sebagai sahabat, aku mahu persahabatan yang telus dan saling menghormati. sebagai seorang anak, aku mahu mereka faham apa yang aku inginkan. aku xsuka paksaan. dan sebagai seorang isteri, aku mahukan kasih sayang yang berterusan. aku sangat dambakan perasaan dihargai oleh lelaki bernama suami. 

tapi inilah kehidupan.ada masa kita riang kegembiraan.ada masa kita rasa bialah dunia ini pantas berakhir.bia tenggelam semua perasaan.aku sangat menyayangi sahabat, mak dan abah, dan lelaki yang paling aku cintai.suami. semoga jodoh kita semua berpanjangan. aku sayang kamu semua wahai orang-orang penting.
percayalah kalau korang xnampak mende tu semua dalam mata aku, tapi ada dalam hati aku.

kepada sahabat, maafkan aku kalau ade gurau yang mengecilkan hati.tiada niat laen selaen mahu bergurau. kepada mak dan abah, ampunkan salah silap saya.dari kecil sehingga lah detik saya sah menjadi isteri kepada suami saya.  dan kepada suami, terima kasih kerana menjadikan saya isteri. saya sangat menyayangi awak. ampunkan semua kata-kata saya yang selalu koyakkan ati awak. saya tatau nape saya selalu sakitkan ati awak.. maafkan saya..

2 ulasan:

Siti Nornadiah berkata...

anggap saje semua ini dugaan okay.

Nadzrah berkata...

sebelum nak daki bukit tu, mesti lalu cerun
lagi cerun lg tinggi bukit tu
hehehe

syg cikcum lah!