Jumaat, 17 Disember 2010

What A Busy Month!

borink sgt. bln lepas bizi. bln ni pn sama gak..dahla kene assist cawangan lain pye ks. mcm hampeh la korang pye operation order! this week dok kelate seminggu. next week jgnla mengejut kene g sabah pulak.. aku xmo.. nk celebrate my 1st anni with hubby.. sedih betul bile kne tglkan dia lama2.. dia mesti lagi sedih..xpela syg, semua ni dugaan untuk kita.. saya tau kita berdua ckup kuat utk menghadapi semua dugaan dugaan ni kan..

For my 1st anni, aku plan nk wat doa selamat kat masjid kt kampung.. minta keberkatan dari Allah..semoga jodoh kami dipanjangkan sehingga ke akhir hayat.. semoga kasih sayang kami tidak pernah pudar..semoga cinta kami dikurniakan cahayamata yang sempurna..betapa Allah sahaja yang tahu ape kehendak hati kecil aku...

Kawan-kawan doakan kesejahteraan rumahtangga kami ye..


saya sayang awak sampai hujung nyawa saya..


Selasa, 30 November 2010

Reward Urself!

bulan November bulan paling pack n bulan paling rajin bekerja buat aku. penat! tak sanggup rasa. aku bekerja sampai kene tido di opis. overtime sampai jam 2 pagi. hari sabtu dan ahad bekerja macam biasa sampai jam 11 mlm. bayangkan overtime utk hari sabtu dan ahad punch in 0900. punch out 2300! aku rasa nak maki maki je orang yang buat aku satu opis kene berkampung kat opis berhari hari. punah ranah mood n plan aku untuk minggu tu. setelah seminggu bergelumang dengan dokumen dokumen awam, kini masa untuk claim OT! haha! part ni, seme segarrrrr...seme gembiraaaaa...masa ni lah nk bantai claim habis habisan. siap claim muke seme bahagiaaaaa! aku rasa berbaloi penat lelah aku dengan jumlah yang aku dapat tu. So mari berbelanja! dalam kepala penuh dengan benda benda macam nih :-
















aku tatau nak mana satu. grrrrr... kene beli satuuuuuu je!


Selasa, 2 November 2010

Masalah Datang dan Pergi

hidup kita mana pernah lari dari masalah.  masalah ni kadang kadang memang betul betul mendatangkan masalah untuk kita.  tapi ada juga masalah yang membuatkan kita bermuhasabah dan refresh siapa diri kita. kalau aku bermasalah selalunya aku mesti macam orang tertekan. kadang kadang aku rasa dalam dunia ni aku sorang je yang ditimpa masalah. huhu. kalau kene setelkan task kat office pun jadi masalah gak kat aku.  tapi opismate aku leh cakap aku cool je kalau wat keje. tau tau je dah siap. haha. itu kata dia. dia tak tau dalam hati aku dah sampai rasa nak benti keje je adenye! tu masalah kt tempat kerja. macamana dengan masalah personal? masalah keluarga? masalah rumahtangga? masalah jirantetangga? dan masalah tangga nak naik umah aku tingkat 5 tu?

kalau bermasalah selalunya kita mesti ada rasa nak mengadu dengan someone yang kite betul betul percaya. someone yang tau kita adanya. kenal buruk baik kita. kalau aku, aku hanya ada dua kawan untuk dimengadukan. seorang ibu untuk mendengar rintihan. seorang bapa untuk diminta nasihat. dan seorang suami untuk diadukan segala galanya kepada dia.  dan satu satunya Tuhan yang ku sembah untuk memohon kekuatan diri dan berdoa untuk diringankan segala masalah.

bercerita pasal masalah dan mengadu ni, aku memang sangatlah prihatin sikit. sebab pada aku masalah masalah aku bkn calang calang masalah. kadang kadang masalah negara pun boleh jadi masalah dalam idup aku.  bila aku dilanda masalah, selalunya aku akan teringatkan dua kawan aku ni untuk aku mengadu. untuk minta nasihat dan untuk bertanyakan pendapat. tapi selalunya untuk masalah yang berat, aku suka refer kepada kawan aku yang sorang tu. shes very matured compared ngn aku. ofkos la dia lagi tua dari aku. tua setaun jela tapinye. since dia ni suke blaja psikologi and suka pergi kursus kursus motivasi, so bila aku bercerita dekat dia, aku rasa macam tenang je. dia mmg pandai bagi nasihat.  dan dia memang boleh jadi penenang jiwa aku. dia tak kan buat kau lagi nk marah or rasa terbeban dengan masalah yang kau hadapi. dia sangat positive.. aku memang sayang dia dunia akhirat lah!

kawan yang sorang lagi, aku rasa dia lagi kenal aku luar dalam. buruk aku lagi dia kenal. inikan yang baik. haha. dia pendengar yang baik. n aku rasa dia slalu support aku. sayang kau lebih lah!

tapi kawan kawan, tak semua masalah kita boleh berkongsi dengan kawan kawan, parents and suami kite.. kadang kadang kita terpaksa pendamkan sendiri apa yang menjadi masalah tu.  aku rasa bila masalah pejabat, kite boleh kongsi. masalah keluarga dan rumahtangga, simpanlah sendiri. rahsia kebahagian? rahsiakan rahsia anda. eh mcm penah baca ayat cmni. huhu.

cuma masalah aku yang satu ni, aku hanya boleh kongsikan dengan Tuhan Pencipta Maha Kuasa..  semoga setiap masalah yang aku hadapi lepas ni, aku lebih tenang hadapinya. 


korang selalu mengadu ngan siapa?