Rabu, 11 Januari 2012

Semangat Yang Hilang

Hello??? Baru 11 hari bekerja dlm thn 2012 (semalam) dah hilang semangat ?? Hehe. bkn hilang semangat apa sangat pun. Cuma aku rasa tak puas hati dengan cara pegawai kontrak baru tu. ko ingat ko sape kan? Ye pangkat ko pegawai. Tapiiiiii...perangai ko sama dengan kawan ko yg pangkat 29 tu. Apa lah masalah nye ko sebagai pegawai bersikap profesional eh? Ok. Arini aku nak bercakap pasal manusia berpangkat ni. Selalunya manusia yang berpangkat ni memang cepat lupa diri. Ada orang kata kalau seseorang tu mula dari bawah mesti dia akan ingat jasa2 orang bawah dan akan sentiasa polite dengan mereka. Ada juga yang kata orang yang terus berpangkat ni akan rasa bongkak dan perasan bagus dengan diri mereka. Pada aku, mende ni bkn isu dari mana datang kau. Mende ni HATI kau! kalau ko seorang yang berhati suci dan baik. Atlis takda lah ko perlu berhati baik seperti Malaikat or else, tpi ko mmg baik. Jadi bila hati kita baik, rasional, optimis, takdenya seseorang yang berpangkat tu akan memandang rendah pada orang bawahan dia. Sebaliknya dia akan berkawan dengan orang2 bawahan mereka. Mana tahu dari orang bawah lah kau akan belanjar macam mana cara nak mengendalikan kerja-kerja kau. Kita hidup ni jangan sombong sangat. Jangan terlalu menongkat langit. Sebab bila kau tak bernasib baik, kau tersungkur satu hari nanti, orang bawah jugak yang akan bersimpati pada kau. Sebab ape? sebab dorang selalunya akan respek pada orang atasan. rasa hormat tu yang akan simpati pada kau.


Sepanjang tempoh aku bekerja, macam-macam orang dah aku jumpa. Macam-macam perangai. Ada yang boleh dicontohi. Ada yang menyakitkan hati. Tapi, satu nama yang aku akan ingat sampai mati, Tn Izani. He's the only ketua yang aku rasa aku paling respek sekali. Seorang yang baik hati dan hati dia tu bersih dari dengki. Kenapalah dalam dunia ni tak ramai orang macam tuan? Saya seronok bekerja dibawah seliaan tuan. Sangat optimis, rasional dan profesional. Dia jugak kategori orang pintar sbb dia masuk U mse umur 17thn. Hasil kerja, TIPTOP. Tuan, saya bangga pernah bekerja dengan tuan walaupun saya tidaklah menabur jasa sebanyak mana di cawangan tuan dlu.


Last but not least.




CSA'S CLAN



I MISS YOU GUYS !! SO MUCH !!

Isnin, 9 Januari 2012

Buah Zuriat

Assalamualaikum.

source : google imej


Korang pernah dengar Buah Zuriat? Buah Zuriat ni katanya hanya terdapat di Makkah. Dari pembacaan aku di beberapa blog, buah ini dipercayai oleh orang2 Arab yang ia boleh membantu kita untuk mendapatkan zuriat.  Dengan izin Allah yang pasti.  Aku nak cite pasal buah zuriat ni. Sebenarnya, akhir tahun 2010, ade sorang kawan aku kt putrajaya dulu bagi aku buah ni. Mase tu aku tatau apa nama buah tu. Dia pun main bagi je kat aku. Dia cakap "ni mak aku cakap boleh tolong ko dapat anak". Tapi yang sadisnya dia tak btau aku cmne nk buat ngan buah tu. Mse tu aku nengok ape ke peliknye buah ni. Macam jering pun ade. lama aku simpan. Pastu bulan februari tu aku nak pindah balik JB aku boleh buang mcmtu je buah tu tanpa google ape ke pelik jenis buah ni. So lenyap cite pasal buah zuriat...

Bulan 10 2011 Pakcik kesayangan aku nak g menunaikan haji kat mekah. So aku pn pas duit kat abah aku suh bagi dekat dia buat belanja masa kat mekah nanti. Bukan banyak pun, tapi aku mengenang pakcik aku tak pernah lokek dengan aku. Dengan aku sorang je oke!!! dengan orang lain aku rse dia lokek. hehehehe. So mse pas duit tu (aku xdapat jumpa dia sebab aku kursus 20hari kat KL) aku sampaikan pesan kat abah suh pakcik doakan aku dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat. Dan hajat aku tu pun disampaikan oleh abah aku kepada pakcik aku. Abah cakap pakcik tulis dalam buku nota dia apa yang aku pesan tu. Huhuhu. Syahdu je hati mengenangkan aku tak blh hantar pakcik time tu.

Balik dari Mekah, pakcik bagi aku handbag mekah, tasbih cantik sangat, dengan satu plastik. Dalam plastik tu ade buah kurma nabi, buah kurma biasa, bunga buah kurma, kacang pandai, coklat dannnn Buah Zuriat! Untuk kali kedua aku dapat mende ni. Masa ni baru aku sedar yang buah kawan aku bagi tu namanya Buah Zuriat. Pakcik aku btau cara-cara nk gnekan buah tu.  Dia cakap, kopek buah tu, dapatkan isi dia, kemudian rebus dengan bunga kurma, kemudian minum air dia. Sambil tu baca beberapa ayat suci sekali. Masa dapat tu, aku mcm rasa elergi lah kan.. Aku ni fobia bab minum2 ni. Tekak kembang memang confirm2 punya! So mende tu aku perap lagi dalam umah. Seminggu lepas tu, Najah pulak kol, cakap nak bagi buah zuriat jugak. Dia ckp nanti dia pas. Kemudian aku lalui hari2 mendatang macam biasa. Tak mencuba langsung buah zuriat tu lagi sampai sekarang.  Sebab dari bulan November aritu aku tengah dalam rawatan dgn gynae. So sekarang aku tengah fokus dengan cara moden dlu.  Dan mengikut kata Doktor Pakar Padma tu, Aku suami isteri sihat dan kitorang memang takde masalah untuk mendapatkan anak. Dia sendiri cakap, it is about time. Tpi semalam, aku macam tersedar, kenapa aku tak nak gunakan buah zuriat tu? Bukan blh mati pun klau stakat minum buah zuriat tu. So, aku akan mula mengopek buah zuriat tu hari ni.

Aku akan cuba demi niat aku untuk dapatkan zuriat aku sendiri. Nak muntah darah pun muntah lah time minum tu. Janji aku berusaha. Hehe. Doakan ye kawan-kawan.



p/s: Sepupu aku amalkan minum buah zuriat ni dan Alhamdulillah..Dia dah berjaya..

Rabu, 4 Januari 2012

HELLO 2012 !

Hi semua! (walaupun xtau ade org bace ke idak blog aku! huahahaha) . Mari mulakan tahun 2012 ni dengan hati yang lebih tenang, fikiran yang lebih matang dan beramal dengan lebih banyak. Azam aku untuk tahun 2012 ni aku tak akan give up untuk mendapatkan my own baby! selagi aku ade daya, selagi aku ade gaji setiap bulan, aku akan usaha sampai berhasil! Doakan sama ye? Trimas!

By the way guys, seperti yang biasa aku buat, patutnya ade entri Anniversary aku dengan sang suami. So, mari mulakan! Alhamdulillah, kami sudah dua tahun belayar dalam kehidupan berumahtangga. Untuk sampai ke tahun yang kedua ini, percayalah, ketabahan, keserasian, kefahaman, dan kepercayaan adalah tunggak utama dalam alam rumahtangga.  Aku bukan lah nak mendabik dada nak puji suami sendiri. Tetapi aku bersyukur pada Mu ya Allah kerana telah mengurniakan aku seorang suami yang sangat mencintai dan memahami aku.  Menerima aku seadanya.  Buruk baik aku, semua dia telan.  Suami aku ni bukan jenis pengungkit, aku je yg selalu mengungkit. Hehehe. Biasalah orang perempuan. Gaduh sikit mulalah otak tu nak rewind mende lepas-lepas and perasan diri sendiri baik sangat. huahahaha.  Mohd. Zulhafiz Bin Zuhari.  Selama dua tahun ni, saya lah tempat awak bermanja, saya lah tukang masak / masterchef awak, sayalah si tukang pengosok baju awak, saya lah tukang yang menyapu habuk2 rokok awak, sayalah  si tukang lipat kain baju awak (si tukang basuh baju adalah dia) si regu gaduh awak, si pengkritik tetap awak, dan segala si dan tukang lah saya ni...tapi....Saya bahagia sangat sebab hidup dengan  awak.  Sehari tak jumpa, rindunya...tuhan saja yang tahu.  Semoga jodoh kita akan kekal sehingga ke akhir hayat kita.  Semoga hidup kita lebih bahagia dan sentiasa bahagia.

Ok. Abis cerita kasih sayang.

Sempena nak menyambut ulangtahun kedua perkahwinan kami, si suamiku telah mencadangkan untuk pergi ke USS dengan tanggungan dia. Aku punya gembira, tak terkata! hehe. First time nk ke luar negara guna passport sendiri! Dulu g singapore tumpang passport mak! heheh.  So aku lah yang menjadi orang yang mengoogle segala pakej untuk ke USS.  Then satu hari tu aku bbm dengan Wanie kawan skolah aku mse kat Teknik, dia yg bagi aku nama Travel agent ni. Dia cakap murah kt situ. So aku terus google and dapatkan segala info. Anddddd...




Mula-mula sampai teruja nak amik gambar dengan Globe ni.


Shrek 4D memang terbaik yang aku tak kan lupa! Seronok gila!



Kami bersama Optimus Prime yang gagah perkasa.



Pinchessss Pionaaak! hehehe. Versi kurus sebab diet.


Seronoknya. Tak terkata!


Feeling-feeling LookBook. Shawl - Sugarscarf. Top - Topshop. Handbag - Topshop.



'Tangan didada Mata ke atas'



And The winner of Best Wife goes tooooooo... Me! hehe.


At Orchard Road.


Kek Anniversary yang cantik dari Kawan Sekolah saya



Lovely sangat kek ni and SEDAPPP


Sesungguhnya aku sangat bahagia. Terima kasih Ya Allah.