Sabtu, 4 Jun 2011

Malu

Kemodenan cara hidup ' Ala America ' generasi zaman sekarang memang berada di tahap tidak terkawal lagi. Ini pendapat aku secara peribadi lah. Aku pelik nengok manusia-manusia yang bangga dengan cara hidup dorang yang sah-sah dalam ISLAM kau ni memang bakal-bakal ahli neraka. Gila tak bile kau senang-senang amik gambar togak air haram. Hisap mende bukan-bukan. Telan pil yang konon menghiburkan. Bergambar dengan senang hati peluk laki perempuan yang bukan muhrim? Baju belum cakap lagi. Terdedah sana sini. Yang bujang of cos lah senang hati buat benda-benda macam ni. Maybe tade sape nak tegur kau. Tapi yang aku jadi pelik, bila ada yang dah kahwin pun masa mengamalkan cara hidup Ala America ni. Masih lagi berparti sana sini. Suami kau sikit pun tak heran kau peluk lelaki sana sini. Of course lah tak heran, sebab dia pun peluk perempuan sana sini kan? Nak tegur cara berpakaian lagi lah takde langsung. Di mana letaknya maruah seorang lelaki atau seorang isteri? Dayuss.

Sekarang jadi trend budak-budak otak tak berapa nak fikir kehadapan, yang suka upload gambar yang menjatuhkan maruah sendiri kat facebook. Paling tak, kau tolong la kesian kan Mak Bapak kau. Adik beradik kau. Sedara mara kau. Malu lah dengar orang cakap pasal keburukan kau. Manusia. Bila tegur, dia cakap kita jeles dengan dia. Cantik sangat kau orang nak jeles? Kau nak berhibur. Berseksi nak mati. Nak telan bebukan. Lantak kau lah kan. Tapi tak perlu lah upload gambar-gambar tu. Confirm sampai tua orang akan bercakap pasal kau. "Mak/bapak si polan tu dulu jahat nak mati..bergambar macam sundal bolong". Mungkin ade lah orang yang akan bercakap mcmni nanti bila kau dah tua. hehe.

Bukan nak menyebuk hal peribadi dorang. cuma kadang-kadang aku rasa kesian dengan orang-orang yang macamni. Aku tahu lah kubur asing-asing. Tapi takut kubur kau sebelah kubur aku nanti. Terganggu dok dengar kau kene balun dengan ular tiap-tiap hari.

Rabu, 18 Mei 2011

Beban

Kerja. 
Hidup kita dalam dunia adalah sebagai hamba kepada Dia yang Satu. Segala dugaan dan tekanan harus dihadapi dengan hati yang redha walaupun pahit untuk dilalui. Aku percaya semua itu ada hikmah dan kebaikannya. Dalam hidup aku sekarang ni, aku berbelah bahagi dengan segala apa yang dihadapi. Perkara paling sukar yang aku rasa adalah Kerja yang Tak Jiwa dalam hati aku. Profession aku sekarang macam serba tak kena. Hati macam tak ikhlas setiap kali melangkah kerja. Tapi bila dah dalam operasi ke apa, aku ok je. Masih boleh handle. Mula-mula masa aku kerja kat hq, suasana opis sangat senang dan tenang. Pegawai atasan adalah berada di tahap terbaik yang patut aku bersyukur dan dikenang sampai mati. Tapi, kontranya, aku jauh dari suami. Jauh dari family. Everyweek akan rasa nak balik. Tanggungjawab sebagai isteri perlu dititikberatkan. Bila dah balik negeri. Suasana kerja semuanya serba serbi jauh berbeza! Tekanan mula terasa. Hati masih bersabar. mungkin  ini harga yang aku perlu bayar untuk rezeki yang Tuhan berikan. Hadapi segala kekangan dengan sabar. Hati, hanya tuhan yang tahu.



Kawan. 
Setiap inci diri manusia adalah berbeza beza. Sifatnya? lagi lah pelbagai jenisnya. Tapi setiap kali aku ke mana-mana, Alhamdulillah aku akan pasti jumpa seorang dua rakan yang baik dan tulus hatinya. Bukan senang nak jumpa kawan yang boleh kongsi suka duka. Kadang-kadang, ko rase dia bestfren kau. Tapi hakikatnya, kau masih menyimpan segala rahsia dijiwa n tak boleh berkongsi cerita dengan dia. Sedihkan? Aku selalu tersepit dalam isu berkawan ni. Xpelah. Yang penting, kawan dunia akhirat aku sudah jumpa.



Anak. 
Sekarang dah hampir setahun lima bulan aku berkahwin dengan suami tercinta. Isu paling hangat untuk orang dah berumahtangga adalah anak. Dah ada anak? Bila nak ada anak? Rancang ke? Lamenya honeymoon? Tsskkk. Korang paham tak soalan macam tu menyusuk kalbu untuk orang yang macam aku? Bukan kerja aku untuk cipta manusia dalam perut ni. Semua tu kan ketentuan dan takdir Tuhan. Sekali lagi kena bersabar dan redha. 




Sabtu, 23 April 2011

H.E.L.L.o !

hi! lame jugak aku dah tak menaip kt blog ni..semenjak dpt blk jb, keje mmg sgt semak! busy memanjang. aku tatau la ape perasaan aku. nk dijadikan cerita utk share ngn korg, aku mmg xsuke environment keje kt JB ni. pegawai atasan seme mmg CB. menyusahkan idup org. menyakitkan ati org. yg penting, terlalu ramai ofismate yg selfish n childish. wtf. bkn la nk ckp aku ni bagus sgt. tpi atlis setakat ni aku rase aku xde la nk mengarah n menyusahkan idup org. aku tatau la amalan kt jb ni cmne. haihh..cite pye cite pn, aku tak berjaya gak nk mengubah keadaan kt cni kan..so dlm ati ni redha jelah. aku pye otak ni ligat je berfikir fikir n memikir..haihh..mengeluh mmg hobi aku skrg ni..

tutup cite opis sbb boring.

cite len, aku still xfaham dgn somebody ni. ape jenis idup ko aku pn tak faham. jeles bebenar ngn org len. pastu suke pulak blagak kt org. ko byk duit sgt kan??? ade aku heran? atlis tua nti idup aku da terjamin.(insyallah) da pencen pn aku ade gaji.aku ade gcr, aku ade bonus pencen. ko ape ade nk blagak sgt?lempang muke ko kang! aku nk cite byk lg ni. tapi perut lapa. nk kejut hubby nk suh makan! grrrrr...bila marah kene makan! bru selera! hehehe