25 January 2012
My first clomid+pregnyl. Doktor cucuk kt punggung! Kebas seharian! Cost utk cucuk n consultation RM160. 7 days before amik clomid husband n wife cost about RM80. So treatment cost for this month RM240. Mse scan doc nmpk ade 3 potential ovum dlm ovari. Size besar n doc said it is very good. Tiada lain harapan kami semoga berhasil usaha ini. Doakan ye..
Jumaat, 27 Januari 2012
Selasa, 17 Januari 2012
K A S U T || S H O E S
Kasut. Kalau nak ikut sejarah hidup aku, aku mmg suka buat koleksi kasut-kasut ni. Tapi dulu takde la terfikir nak snap gambar2 kasut aku tu. Saat paling dasyat adalah masa aku kat UiTM Perak dulu. gila ko. Penuh bwh katil kasut aku. adelah dlm berbelas pasang. (dok hostel kasut banyak-banyak nak wat apa tahhhh) Tak termasuk kasut sukan! Ade juga yg jenis flip flop. Tapi nanti aku dok ulang yang mana sedap pakai jugak. hehe. Aku ni sebenarnya, suka pakai high heels. Rase confident level tu up se up nya ketinggian aku. Ok. Tinggi aku dalam 164-165cm camtu. Tak sure sebab stiap kali ukur mesti berubah2! maybe aku xdelah tinggi sangat. Tapi kira tinggi jugak la kot kalau utk orang pompan.
So nak di jadikan cerita, semenjak mula bercinta dengan boyfriend paling aku sayang ( sang suami ) aku dah tak lagi pakai heels. Sebab APA? Sebab tanpa pakai kasut pn tinggi aku dah lebih 2cm dari dia. Jadi tak kan aku nak pakai heels stok tinggi2 lagi kan? Kesian la kat dia. Kang orang ingat dia jalan dengan kakak dia lak. Dah lah suami aku ni awet muda. Nampak macam budak-budak awal 20an je lagi. Sedangkan akuuuuu!! Muka memang sah2 mature gile! Pastu dressing dah memang style akak-akak! Pernah dulu aku isukan hal dressing ni dengan suami aku. Ada ke patut aku suh dia pakai macam orang dah tua sikit sebab sebenarnya aku jeles dia nampak muda ajeee! Aku paksa dia beli baju berkolar. Pakai sua tak yah rabak2 lagi. Kasut beli yang biasa2 je. Hehehe. Teruknya perangai aku. Tapi suami aku ni memang baik hati. Dia layankan je isteri dia ni sebab tak nak kasik aku kecik ati. EEEeee...Dia selalu macam tu. Asik layankan aku je. Lama-lama nanti aku naik lemak! Hehehe. Tapi tak lama lepas tu, aku macam sedar sendiri. Napa lah nak halang dia nk dressing macamne. Amy search rilek je dah tua-tua camtu pun blh lagi pakai jack parcell and converse! ahahaha. So, aku buat keputusan aku yang kne tukar dressing aku. Jangan layankan kakak-kakak aku yang asik sogok baju2 kakak-kakak ni. Jadi aku la yang berubah sikit. Berubah or kembali kepada perangai lama? Tidakkk.. Dulu tidak bertudung, sekarang bertudung. Tak kan ko nak bukak katup tudung demi style? Eh jup. Ape aku melalut cite sampai ke sini ni???? aduhaiii.. aku nak cite pasal kasut lah! hehehe. Selepas kejadian-kejadian diatas, aku pun ade tanya sang suami, "boleh tak honey pakai high heels kalau kua jejalan dengan b?" dia jawab, "boleh..b ok je.." Aku punya teruja....tapi sampai skrg aku tak tersurvey butik2 kasut kat jb ni. Busy gile. Jadi aku cuci mata kat tenet ajelah jadinya....
I like GREEN
Nice one!
So Sweet lah! Nak pakai gi mana kalau aku?
Stunning !
Hanjing!
GORGEOUS
Sophisticated
source: Calaman
Semua kasut-kasut ni sangat TEMPTING ok!! Aku nak semua! Tapi nak pakai g mana hoy??? G orang kawen? hihi
Ahad, 15 Januari 2012
Percubaan Kedua
So bln ni kali kedua aku pergi jumpa Dr. Padma. Percubaan bulan pertama dengan makan clomid 50mg x 2 tak mendatangkan hasil lagi. Pada kiraan aku lah, mayb timing ktorg tak betul. Plus ari ke12 aritu tak g jumpa doc. Tak pepasal semalam doc bising, mcmne nak jdi sbb u tak dtg ari ke12! Eh doc ni ade aku lekuk kepala ko 1 kali kang. Padahal aku dah cakap dah kt dia yang aku mmg tak leh datang sebab ade kenduri kat kampung. Hehehe. Agaknye semalam doc badmood kot. Tu yang otak dia lupa terus pasal cite aku. So...yeah.. 13hb Januari aku period lagi. Sedih lah jugak. False alarm memang slalu je ade. Aku rse bkn false alarm. Tapi sebenarnya aku yang over. Or maybe semua orang yg nk sgt pregnant ni mmg akan over. So that dapatlah false alarm tu. Perasaan sendiri je. Jdi bulan ni malas nk pk pasal false alarm ke ape. Doc dah bg lagi pil clomid. 50mg x 2 sehari selama 5 hari. Jadinya..dengan lafaz Bismillahirahmanirahim.. Ayuh berusaha lagi! hehe. Next appointment dengan doc 25 Januari. So boleh blk kampung CNY ni. Alhamdulillah. Lega hati..
Langgan:
Catatan (Atom)
