Rabu, 4 April 2012

Sabar

Wahai hati, sabarlah.. awak dalam fertility treatment. Jangan tension2 ye hati. 

Semoga usaha bulan ini diberkatiMu Ya Allah.. 



Dah update tak ye bulan ni? lupalah nk ngk entry sebelum. Just nk jot down here sekarang saya tengah in 3rd clomid 2nd injection which i dun know the name of that ubat.  Kali ni doc ckp dia bagi ubat yg dos lagi ok from USA. So treatment for this month agak mahal skit. Sekarang ni tawakal kepada Allah je. Btw, berat awal bulan ni dah naik jadi 51kgs! Alhamdulillah. Gembira sangat ngk berat dah makin naik. Saya dah niat, kalau xlekat jugak, selepas raya, insyallah saya nk buat IUI kat Pakar Puteri. Insyallah.. 2years 3months married. Takde baby, sedih bila orang asik tanya. I wish u understand my feeling. 






 

Selasa, 20 Mac 2012

3rd: Masih mencuba

Bulan ni seperti biasa aku datang bulan. Tapi bulan ni lewat 5 hari which aku mmg tak rasa pape pun kecuali aku tawu mmg bln ni aku akan period. So cikP pun datang. Tpi bulan ni aku decide pegi semula kat pakar n amik semula clomid. And insyallah ari Sabtu ni aku akan lg skali pegi injek pregnyl. Haritu msa jumpa doktor mse cd5, doc terperanjat bila aku ckp aku period lg. Mengikut apa yang dia cakap, keadaan aku time tu mmg berada di tahap yang baik. Maknanya ovum seme besar n sihat. Ade 6 ovum. Tapi Allah lagi tahu mana yang patut. So skrg aku cuma lalui semula proses seperti biasa.

Sebenarnya aku buat injek yg 1st tu, dlm bln 1, so bln 2 tu cikP datang, aku jdi mcm giveup then decide takyah g la pakar tu lg utk bln 2. Plus aku mmg kne pergi kursus seminggu mse tu yg kiranya adalah cd12 dimana aku patut amik pregnyl lg. Ok, spnjg bln 2 tu aku ade jgak g jogging n mse tu aku mmg ade jmpe ECWM!! kerap pulak jumpa smpi confius, bilenye hari subur yg sebenar. aish. 

So 12hb aritu stat mkn clomid semula. InsyaAllah, semoga Allah perkenankan percubaan clomid kali ke3 ni. Amin...

Rabu, 15 Februari 2012

Hmmm..kecewa..



Apa rasa dalam hati ni? Rasa frust sangat. Aritu mse CD28 aku dah di datangi oleh cik P. So bermakna usaha aku bln lepas still tidak berjaya. Tapi msh bersyukur sebab aku punya cycle msh ontime. Seminggu lepas aku di injek Pregnyl tu, memula mmg rasa lain macam. Aku mula rase cram kt area2 yg tak patut tu. Memang rasa lain macam sangatlah bulan lepas. Dalam hati tertanya, sangkut ke bulan ni? Jadi seperti biasa, harapan tu setinggi gunung lah kan. Tapi siapa yang boleh lawan takdir Yang Maha Esa? Kalau dia kata takde tu. Takde lahh. huhu. Hari mse cik P datang, mmg sedih, tapi aku takde lah melalak. Suami aku mesti risau sampai dia peluk n pujuk aku time tu. Sekejap je. Pastu aku ok. Takdir tuhan kan. Andailah memang ditakdirkan aku dan suami tidak diberikan kesempatan untuk punya cahaya mata sendiri, kami redha. Suami aku cakap, asalkan kami bahagia jadilah. Agaknya macamana perasaan seorang lelaki ye hadapi keadaan macamni? Apapun jadi, aku tetap percaya pada suami aku yang dia betul-betul sayangkan aku. Ya Allah, terima kasih kerana kau jodohkan aku dengan insan sebaik suami ku.. 

So start bulan ni, kami decide untuk stop treatment. Lagipun dah 2 bulan aku makan clomid. Hasil dari kajiselidik aku pun yang clomid ni tak elok makan lebih 6 bulan. Boleh mendatangkan penyakit. Tapi aku bru 2bulan dah nak stop. Bukan apa, aku rse aku nak cari semula EWCM aku tu.  Back to normal procedure.  Dlu masa aku dok berjauhan dengan suami, selalu aku jumpa EWCM ni. Tapi semenjak dok bersama ni mcm tak ternampak dah.  Pagi ni msk toilet aku mcm perasan ade EWCM ni. Tpi arini aku baru CD7. Tpi dia pun blom ckup putih n clear. Harap2 aku jumpa EWCM ni sebelum aku g kursus 20hb ni. Yang aku ingat mse dlu aku jumpa EWCM ni adalah pada CD18. Harap2 aku dapat jumpa ko ye. Maybe bln depan kami akan try Biodex pula. Mahal skit produk ni. Anggaran dlm RM400 utk sebulan. Tapi ikut hati, aku nak je ajak buat IUI. Tengah survey nak try kat hospital mana ni.  

Apapun, bulan ni aku nak rajinkan diri jogging sikit. Jyeahhh! Malas nak sedih. Orang bukan faham kita pun. Cukuplah ada suami yang penyayang. I love u so much my dear.

Selasa, 31 Januari 2012

SIALPALIS

Benggang gile aku sekarang ni. MEMANG CIBAI LAH  pengarah johor! Sialpalis! Ko boleh turunkan markah SKT aku kan? Padahal antara kwn2 batch aku, aku punya KS yang ade CHARGE RM60k.Tindakan Undang-undang. Lucuthak. Orang lain setakat KUS ks je ko boleh bagi markah lebih. MMG SIALPALIS punya orang. Konon lah sangat bagi markah atas dasar hasil kerja. Abis hasil aku macamana la sial! Yang paling SIAL ko boleh bagi markah sampai 92.50 kat pegawai yang cuti bersalin 3bulan eh? Eh. Memang babi la perangai awak!

Kesimpulannya, tak payah lah ko bersusah payah nak cari kerja pasni. Ko buat kerja macamana pun,  KS ko meletup. Charge berpuluh ribu ringgit pun. Orang tak pandang semua tu. Dia akan bagi ikut gerak hati dia markah tu. Apapun, sekarang ni aku memang xleh bla. BENGGANG gile. Atlis ko bg aku markah sama dengan or lebih kurang dengan dorang yg stakat buat ks KUS tu cukup la sial.

AHHHHH.. xpepasal aku maki hamun dalam entri ni. SORY.

Isnin, 30 Januari 2012

UPT Free!!!

Yayyyy! inilah keuntungan ada kawan kerja kat KKM. Arini saja-saja je tanya Fara dia ade rapat ngn org farmasi ke tak. Then she said OFKOSlahhh! Aku pun saja lah ngendeng kat dia tanya pasal UPT. Dia cakap dia boleh amik kan untuk aku! Wahhh! Gumbiranya hati beta! hahahaha. Terukkan ? UPT pun nak free. hehe. Bukan ape kawan-kawan. UPT ni gunanya adalah untuk kita shi shi atas dia. Sekali test, -ve. Sedih. Dua kali test, -ve. Sedih. Berkali-kali lepas tu test pun kalau asik -ve, rase rugi pulak beli. Satu UPT Stick ni plg murah aku rse kat watson or Guardian adalah dalam 7-8 hengget camtu. Nak yang brand baik, kene sedia dlm RM30 sebatang. So sementara saja-saja nak test banyak-banyak kali ni, baik aku mintak dlu yg free. Tapi kalau tetiba aku test dpt +ve, OFKOS aku akan bli clearblue! hehe. OK, ini aku saja suka-suka ok. Aku belum lagi pregnant sampai ke hari ini. Berharap bulan lepas adalah period aku terakhir sebelum 9 bln mendatang. huhu. Amin Ya Allah..


Yang macam ni xbpe mahal sangat. Tpi brand tatau ape.

Ok yang ni mahal. dlm RM24 camtu. brand Clearblue.

Jumaat, 27 Januari 2012

Bismillahirahmanirrahim

25 January 2012

My first clomid+pregnyl. Doktor cucuk kt punggung! Kebas seharian! Cost utk cucuk n consultation RM160. 7 days before amik clomid husband n wife cost about RM80. So treatment cost for this month RM240. Mse scan doc nmpk ade 3 potential ovum dlm ovari. Size besar n doc said it is very good. Tiada lain harapan kami semoga berhasil usaha ini. Doakan ye..

Selasa, 17 Januari 2012

K A S U T || S H O E S

Kasut. Kalau nak ikut sejarah hidup aku, aku mmg suka buat koleksi kasut-kasut ni. Tapi dulu takde la terfikir nak snap gambar2 kasut aku tu. Saat paling dasyat adalah masa aku kat UiTM Perak dulu. gila ko. Penuh bwh katil kasut aku. adelah dlm berbelas pasang. (dok hostel kasut banyak-banyak nak wat apa tahhhh) Tak termasuk kasut sukan! Ade juga yg jenis flip flop. Tapi nanti aku dok ulang yang mana sedap pakai jugak. hehe. Aku ni sebenarnya, suka pakai high heels. Rase confident level tu up se up nya ketinggian aku. Ok. Tinggi aku dalam 164-165cm camtu. Tak sure sebab stiap kali ukur mesti berubah2! maybe aku xdelah tinggi sangat. Tapi kira tinggi jugak la kot kalau utk orang pompan.


So nak di jadikan cerita, semenjak mula bercinta dengan boyfriend paling aku sayang ( sang suami ) aku dah tak lagi pakai heels. Sebab APA? Sebab tanpa pakai kasut pn tinggi aku dah lebih 2cm dari dia. Jadi tak kan aku nak pakai heels stok tinggi2 lagi kan? Kesian la kat dia. Kang orang ingat dia jalan dengan kakak dia lak. Dah lah suami aku ni awet muda. Nampak macam budak-budak awal 20an je lagi. Sedangkan akuuuuu!! Muka memang sah2 mature gile! Pastu dressing dah memang style akak-akak! Pernah dulu aku isukan hal dressing ni dengan suami aku. Ada ke patut aku suh dia pakai macam orang dah tua sikit sebab sebenarnya aku jeles dia nampak muda ajeee! Aku paksa dia beli baju berkolar. Pakai sua tak yah rabak2 lagi. Kasut beli yang biasa2 je. Hehehe. Teruknya perangai aku. Tapi suami aku ni memang baik hati. Dia layankan je isteri dia ni sebab tak nak kasik aku kecik ati. EEEeee...Dia selalu macam tu. Asik layankan aku je. Lama-lama nanti aku naik lemak! Hehehe. Tapi tak lama lepas tu, aku macam sedar sendiri. Napa lah nak halang dia nk dressing macamne. Amy search rilek je dah tua-tua camtu pun blh lagi pakai jack parcell and converse! ahahaha. So, aku buat keputusan aku yang kne tukar dressing aku. Jangan layankan kakak-kakak aku yang asik sogok baju2 kakak-kakak ni. Jadi aku la yang berubah sikit. Berubah or kembali kepada perangai  lama? Tidakkk.. Dulu tidak bertudung, sekarang bertudung. Tak kan ko nak bukak katup tudung demi style? Eh jup. Ape aku melalut cite sampai ke sini ni???? aduhaiii.. aku nak cite pasal kasut lah! hehehe. Selepas kejadian-kejadian diatas, aku pun ade tanya sang suami, "boleh tak honey pakai high heels kalau kua jejalan dengan b?" dia jawab, "boleh..b ok je.." Aku punya teruja....tapi sampai skrg aku tak tersurvey butik2 kasut kat jb ni. Busy gile.  Jadi aku cuci mata kat tenet ajelah jadinya....


I like GREEN


Nice one!


So Sweet lah! Nak pakai gi mana kalau aku?


Stunning !

Hanjing!


GORGEOUS

Sophisticated
source: Calaman


Semua kasut-kasut ni sangat TEMPTING ok!! Aku nak semua! Tapi nak pakai g mana hoy??? G orang kawen? hihi

Ahad, 15 Januari 2012

Percubaan Kedua

So bln ni kali kedua aku pergi jumpa Dr. Padma. Percubaan bulan pertama dengan makan clomid 50mg x 2 tak mendatangkan hasil lagi. Pada kiraan aku lah, mayb timing ktorg tak betul. Plus ari ke12 aritu tak g jumpa doc. Tak pepasal semalam doc bising, mcmne nak jdi sbb u tak dtg ari ke12! Eh doc ni ade aku lekuk kepala ko 1 kali kang. Padahal aku dah cakap dah kt dia yang aku mmg tak leh datang sebab ade kenduri kat kampung. Hehehe. Agaknye semalam doc badmood kot. Tu yang otak dia lupa terus pasal cite aku.  So...yeah.. 13hb Januari aku period lagi. Sedih lah jugak. False alarm memang slalu je ade. Aku rse bkn false alarm. Tapi sebenarnya aku yang over. Or maybe semua orang yg nk sgt pregnant ni mmg akan over. So that dapatlah false alarm tu. Perasaan sendiri je. Jdi bulan ni malas nk pk pasal false alarm ke ape. Doc dah bg lagi pil clomid. 50mg x 2 sehari selama 5 hari. Jadinya..dengan lafaz Bismillahirahmanirahim.. Ayuh berusaha lagi! hehe. Next appointment dengan doc 25 Januari. So boleh blk kampung CNY ni. Alhamdulillah. Lega hati..


Rabu, 11 Januari 2012

Semangat Yang Hilang

Hello??? Baru 11 hari bekerja dlm thn 2012 (semalam) dah hilang semangat ?? Hehe. bkn hilang semangat apa sangat pun. Cuma aku rasa tak puas hati dengan cara pegawai kontrak baru tu. ko ingat ko sape kan? Ye pangkat ko pegawai. Tapiiiiii...perangai ko sama dengan kawan ko yg pangkat 29 tu. Apa lah masalah nye ko sebagai pegawai bersikap profesional eh? Ok. Arini aku nak bercakap pasal manusia berpangkat ni. Selalunya manusia yang berpangkat ni memang cepat lupa diri. Ada orang kata kalau seseorang tu mula dari bawah mesti dia akan ingat jasa2 orang bawah dan akan sentiasa polite dengan mereka. Ada juga yang kata orang yang terus berpangkat ni akan rasa bongkak dan perasan bagus dengan diri mereka. Pada aku, mende ni bkn isu dari mana datang kau. Mende ni HATI kau! kalau ko seorang yang berhati suci dan baik. Atlis takda lah ko perlu berhati baik seperti Malaikat or else, tpi ko mmg baik. Jadi bila hati kita baik, rasional, optimis, takdenya seseorang yang berpangkat tu akan memandang rendah pada orang bawahan dia. Sebaliknya dia akan berkawan dengan orang2 bawahan mereka. Mana tahu dari orang bawah lah kau akan belanjar macam mana cara nak mengendalikan kerja-kerja kau. Kita hidup ni jangan sombong sangat. Jangan terlalu menongkat langit. Sebab bila kau tak bernasib baik, kau tersungkur satu hari nanti, orang bawah jugak yang akan bersimpati pada kau. Sebab ape? sebab dorang selalunya akan respek pada orang atasan. rasa hormat tu yang akan simpati pada kau.


Sepanjang tempoh aku bekerja, macam-macam orang dah aku jumpa. Macam-macam perangai. Ada yang boleh dicontohi. Ada yang menyakitkan hati. Tapi, satu nama yang aku akan ingat sampai mati, Tn Izani. He's the only ketua yang aku rasa aku paling respek sekali. Seorang yang baik hati dan hati dia tu bersih dari dengki. Kenapalah dalam dunia ni tak ramai orang macam tuan? Saya seronok bekerja dibawah seliaan tuan. Sangat optimis, rasional dan profesional. Dia jugak kategori orang pintar sbb dia masuk U mse umur 17thn. Hasil kerja, TIPTOP. Tuan, saya bangga pernah bekerja dengan tuan walaupun saya tidaklah menabur jasa sebanyak mana di cawangan tuan dlu.


Last but not least.




CSA'S CLAN



I MISS YOU GUYS !! SO MUCH !!

Isnin, 9 Januari 2012

Buah Zuriat

Assalamualaikum.

source : google imej


Korang pernah dengar Buah Zuriat? Buah Zuriat ni katanya hanya terdapat di Makkah. Dari pembacaan aku di beberapa blog, buah ini dipercayai oleh orang2 Arab yang ia boleh membantu kita untuk mendapatkan zuriat.  Dengan izin Allah yang pasti.  Aku nak cite pasal buah zuriat ni. Sebenarnya, akhir tahun 2010, ade sorang kawan aku kt putrajaya dulu bagi aku buah ni. Mase tu aku tatau apa nama buah tu. Dia pun main bagi je kat aku. Dia cakap "ni mak aku cakap boleh tolong ko dapat anak". Tapi yang sadisnya dia tak btau aku cmne nk buat ngan buah tu. Mse tu aku nengok ape ke peliknye buah ni. Macam jering pun ade. lama aku simpan. Pastu bulan februari tu aku nak pindah balik JB aku boleh buang mcmtu je buah tu tanpa google ape ke pelik jenis buah ni. So lenyap cite pasal buah zuriat...

Bulan 10 2011 Pakcik kesayangan aku nak g menunaikan haji kat mekah. So aku pn pas duit kat abah aku suh bagi dekat dia buat belanja masa kat mekah nanti. Bukan banyak pun, tapi aku mengenang pakcik aku tak pernah lokek dengan aku. Dengan aku sorang je oke!!! dengan orang lain aku rse dia lokek. hehehehe. So mse pas duit tu (aku xdapat jumpa dia sebab aku kursus 20hari kat KL) aku sampaikan pesan kat abah suh pakcik doakan aku dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat. Dan hajat aku tu pun disampaikan oleh abah aku kepada pakcik aku. Abah cakap pakcik tulis dalam buku nota dia apa yang aku pesan tu. Huhuhu. Syahdu je hati mengenangkan aku tak blh hantar pakcik time tu.

Balik dari Mekah, pakcik bagi aku handbag mekah, tasbih cantik sangat, dengan satu plastik. Dalam plastik tu ade buah kurma nabi, buah kurma biasa, bunga buah kurma, kacang pandai, coklat dannnn Buah Zuriat! Untuk kali kedua aku dapat mende ni. Masa ni baru aku sedar yang buah kawan aku bagi tu namanya Buah Zuriat. Pakcik aku btau cara-cara nk gnekan buah tu.  Dia cakap, kopek buah tu, dapatkan isi dia, kemudian rebus dengan bunga kurma, kemudian minum air dia. Sambil tu baca beberapa ayat suci sekali. Masa dapat tu, aku mcm rasa elergi lah kan.. Aku ni fobia bab minum2 ni. Tekak kembang memang confirm2 punya! So mende tu aku perap lagi dalam umah. Seminggu lepas tu, Najah pulak kol, cakap nak bagi buah zuriat jugak. Dia ckp nanti dia pas. Kemudian aku lalui hari2 mendatang macam biasa. Tak mencuba langsung buah zuriat tu lagi sampai sekarang.  Sebab dari bulan November aritu aku tengah dalam rawatan dgn gynae. So sekarang aku tengah fokus dengan cara moden dlu.  Dan mengikut kata Doktor Pakar Padma tu, Aku suami isteri sihat dan kitorang memang takde masalah untuk mendapatkan anak. Dia sendiri cakap, it is about time. Tpi semalam, aku macam tersedar, kenapa aku tak nak gunakan buah zuriat tu? Bukan blh mati pun klau stakat minum buah zuriat tu. So, aku akan mula mengopek buah zuriat tu hari ni.

Aku akan cuba demi niat aku untuk dapatkan zuriat aku sendiri. Nak muntah darah pun muntah lah time minum tu. Janji aku berusaha. Hehe. Doakan ye kawan-kawan.



p/s: Sepupu aku amalkan minum buah zuriat ni dan Alhamdulillah..Dia dah berjaya..

Rabu, 4 Januari 2012

HELLO 2012 !

Hi semua! (walaupun xtau ade org bace ke idak blog aku! huahahaha) . Mari mulakan tahun 2012 ni dengan hati yang lebih tenang, fikiran yang lebih matang dan beramal dengan lebih banyak. Azam aku untuk tahun 2012 ni aku tak akan give up untuk mendapatkan my own baby! selagi aku ade daya, selagi aku ade gaji setiap bulan, aku akan usaha sampai berhasil! Doakan sama ye? Trimas!

By the way guys, seperti yang biasa aku buat, patutnya ade entri Anniversary aku dengan sang suami. So, mari mulakan! Alhamdulillah, kami sudah dua tahun belayar dalam kehidupan berumahtangga. Untuk sampai ke tahun yang kedua ini, percayalah, ketabahan, keserasian, kefahaman, dan kepercayaan adalah tunggak utama dalam alam rumahtangga.  Aku bukan lah nak mendabik dada nak puji suami sendiri. Tetapi aku bersyukur pada Mu ya Allah kerana telah mengurniakan aku seorang suami yang sangat mencintai dan memahami aku.  Menerima aku seadanya.  Buruk baik aku, semua dia telan.  Suami aku ni bukan jenis pengungkit, aku je yg selalu mengungkit. Hehehe. Biasalah orang perempuan. Gaduh sikit mulalah otak tu nak rewind mende lepas-lepas and perasan diri sendiri baik sangat. huahahaha.  Mohd. Zulhafiz Bin Zuhari.  Selama dua tahun ni, saya lah tempat awak bermanja, saya lah tukang masak / masterchef awak, sayalah si tukang pengosok baju awak, saya lah tukang yang menyapu habuk2 rokok awak, sayalah  si tukang lipat kain baju awak (si tukang basuh baju adalah dia) si regu gaduh awak, si pengkritik tetap awak, dan segala si dan tukang lah saya ni...tapi....Saya bahagia sangat sebab hidup dengan  awak.  Sehari tak jumpa, rindunya...tuhan saja yang tahu.  Semoga jodoh kita akan kekal sehingga ke akhir hayat kita.  Semoga hidup kita lebih bahagia dan sentiasa bahagia.

Ok. Abis cerita kasih sayang.

Sempena nak menyambut ulangtahun kedua perkahwinan kami, si suamiku telah mencadangkan untuk pergi ke USS dengan tanggungan dia. Aku punya gembira, tak terkata! hehe. First time nk ke luar negara guna passport sendiri! Dulu g singapore tumpang passport mak! heheh.  So aku lah yang menjadi orang yang mengoogle segala pakej untuk ke USS.  Then satu hari tu aku bbm dengan Wanie kawan skolah aku mse kat Teknik, dia yg bagi aku nama Travel agent ni. Dia cakap murah kt situ. So aku terus google and dapatkan segala info. Anddddd...




Mula-mula sampai teruja nak amik gambar dengan Globe ni.


Shrek 4D memang terbaik yang aku tak kan lupa! Seronok gila!



Kami bersama Optimus Prime yang gagah perkasa.



Pinchessss Pionaaak! hehehe. Versi kurus sebab diet.


Seronoknya. Tak terkata!


Feeling-feeling LookBook. Shawl - Sugarscarf. Top - Topshop. Handbag - Topshop.



'Tangan didada Mata ke atas'



And The winner of Best Wife goes tooooooo... Me! hehe.


At Orchard Road.


Kek Anniversary yang cantik dari Kawan Sekolah saya



Lovely sangat kek ni and SEDAPPP


Sesungguhnya aku sangat bahagia. Terima kasih Ya Allah.



Ini Entri Emosi

Assalamualaikum!

Kawan datang dan pergi. Nak harap yang stay ngan ko bkn sng nak jumpa. Kalau yang ada pun tatau last smpai bile. So this thing happened to me again. Aku tau aku bukan kawan yang baik. Tapi aku cube jaga hati kau. Sebaliknya, apa yang kau cakap kat aku? Aku tataulah kalau luaran aku ko nampak aku bangga dan menyombong. Lagi2 ko nk cakap pasal keje aku sekarang. Apa masalah kau? Dont jump into conclusion lah weh if u dont know the answers supposed to! Apalah salahnya ko berfikiran dari sudut yg realistik. Aku ni dah berumah tangga. Aku ada suami yg aku patut hormat. Yang wajib aku taat. Tak boleh ke faham apa yang aku cakap kat ko aritu? Sekarang aku mmg upset gila. Bila aku mendiamkan diri, ko rase aku mcm ignore. Aku rasa kita perlu berehat. Dah besar. Sama2 dah berumur. Pandai2 lah fikir.

I raise my case.

Selasa, 18 Oktober 2011

Anak Dara Along



So kenapa tetiba nak cerita pasal anak sedara aku lak dalam blog ni? Hehe. Sebenarnya, dia adalah yang paling aku sayang sekali. Beza umur kami 11 tahun. Lebih kurang macam aku dengan Kak Mai. Aku dengan Kak Mai 12 tahun. Jarak umur apalah sangat. Kitorang tetap rapat. And maybe sebab tu jugak aku layan sasha ni macam layan adik perempuan aku.  Kalau boleh, apa yang dia nak mesti aku nak belikan. Dia nak buat rambut, aku bagi duit. Dia nak datang rumah, aku amik. Setiap kali exam dapat good result mesti aku bagi ganjaran. Semua tu buat aku rasa bahagia. Rasa seronok sangat layan kerenah dia. Bukan sebab aku rasa terhutang budi dulu Along sponsor hidup aku dari aku darjah lima sampai aku belajar kat U. Bukan. Jasa Along tu memang tak terbalas. Dialah abang terbaik dalam hidup aku. Cuma antara aku dengan sasha ni, aku rasa, kasih sayang tu yang kuat sangat. Honestly, aku memang tak suka tunjuk aku sayang anak-anak buah aku ni. Aku kalau nak marah, aku sembur je. Aku nk ketuk kepala dorang yang tak dengar cakap, aku ketuk je. Tapi dalam hati, saaaayanngg sangat kt dorang semua.


Jadi tahun 2011 ni adalah tahun sasha exam PMR. Target mestilah 8A kan. Aku memang confident dengan dia. Bayangkan lah, dia setiap hari akan study smpi kul 11-12mlm. Pastu pukul 4 pagi bangun study lagi. Eh, cikcum awak dulu masuk U baru belajar style camtu tawu! Sebab tu result periksa sekolah cikcum tak best langsung! haha! Trial exam dia dapat 5A 3B. Tiga-tiga yang B tu seme kurang satu mata je lagi nak dapatkan A. Memandangkan dia belajar di sekolah Elit, di kelas pertama, yang aku rasa confirm-confirm la cikgu-cikgi naik kan gred untuk dptkan A.  Jadi untuk peperiksaan PMR ni, Cikcum yakin awak leh dapat straight A. InsyaAllah. 


Sasha ni hati dia cekal. Semangat dia kuat. Tapi dia ni down to earth sangat-sangat. Haihh. Kadang-kadang dia low self-confident yang melampau. Apa lah awak ni. Tapikannnn.. dalam pada low self-confident tu, ada boyfren jugak minah ni.  Aku dah nengok dah gambar boy tu. Sweet juga. Satu kelas dengan dia. Mama si sasha ni ade gak mengadu ngan aku, dia da rampas hp si sasha ni pasal asik bgayut n sms je. So mama dia risau lah, yelah..kan dah nak exam.  Nak dijadikan cerita, mama ni pegi le kol si boyfren sasha ni. Mama dia nasihatkan dak tu, tak payah lah bercinta, bersms, bergayut2. kan dah nak exam.  Boyfren sasha ni rilex je dengar mama ni cakap. Lepastu si boyfren ni cakap la kat mama sasha, Aunty jangan risau k, kitorang janji dengan aunty, kitorang akan dapat 8A exam PMR tahun ni. OK. Ni cinta kanak-kanak. Tapi aku rasa betapa sucinya perasaan hati mereka ni walhal hingus pun tak kering lagi! haha! Personally, aku takde la rasa cinta dorang tu patut dilarang. Even Along aku pun macam open minded. Dia pun tau sasha kawan ngan si boyfren tu. As long korang tak tetiba balik rumah btau bapak, "bapakkk, Anu ade berita gembiraaaa...Anu pregnantttttt!! weeeehuuuu" (slot edisiKhas TV3) hahaha. Budak-budak yang sedang meningkat usia ni, kalau makin dilarang, makin dibuat mende yang bukan-bukan. Jadi, kita bertegas pada apa yang perlu, layan kerenah anak-anak ikut rasionalnya. 


Weekend aritu aku amik sasha dok rumah aku. Dia yang suh amik sebab nk release tensen katanya. So kat rumah aku tu, dia cakaplah kat aku yang dia nak belajar kat Ireland. Dia nak jadi Doktor. Aku dalam hati macam kembang-kuncup je sebak. Walaupun mungkin itu angan dia, tapi aku bangga dengan dia. Cikcum selalu doakan yang terbaik untuk awak sasha.  Si sasha ni ade blog jugak. Kadang-kadang kalau teringat, aku stalk jugak baca. Hehe. Oklah sayang. Semoga awak berjaya dalam hidup awak ok. Segala yang terbaik untuk awak. Amin.




Lotsa Love


Ahad, 11 September 2011

Raya 2011

Raya tahun ni so~so je bagi aku. Sebab sepanjang 10 hari cuti, aku hanya abiskan mase 2 hari dengan famili aku. Tak dapat nk borak panjang dengan kakak-kakak aku yg kepochi! apa-apa pun, raya tetap raya. So kawan-kawan, Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin andai ada yang tersalah dalam segala aspek yeh? Sayang selalu !



Theme Hijo taun ni ! 



Dengan Family Side Abah



My Family beraya rumah MIL




My beloved sisters n nieces


Me Love U Hubby






SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sabtu, 4 Jun 2011

Malu

Kemodenan cara hidup ' Ala America ' generasi zaman sekarang memang berada di tahap tidak terkawal lagi. Ini pendapat aku secara peribadi lah. Aku pelik nengok manusia-manusia yang bangga dengan cara hidup dorang yang sah-sah dalam ISLAM kau ni memang bakal-bakal ahli neraka. Gila tak bile kau senang-senang amik gambar togak air haram. Hisap mende bukan-bukan. Telan pil yang konon menghiburkan. Bergambar dengan senang hati peluk laki perempuan yang bukan muhrim? Baju belum cakap lagi. Terdedah sana sini. Yang bujang of cos lah senang hati buat benda-benda macam ni. Maybe tade sape nak tegur kau. Tapi yang aku jadi pelik, bila ada yang dah kahwin pun masa mengamalkan cara hidup Ala America ni. Masih lagi berparti sana sini. Suami kau sikit pun tak heran kau peluk lelaki sana sini. Of course lah tak heran, sebab dia pun peluk perempuan sana sini kan? Nak tegur cara berpakaian lagi lah takde langsung. Di mana letaknya maruah seorang lelaki atau seorang isteri? Dayuss.

Sekarang jadi trend budak-budak otak tak berapa nak fikir kehadapan, yang suka upload gambar yang menjatuhkan maruah sendiri kat facebook. Paling tak, kau tolong la kesian kan Mak Bapak kau. Adik beradik kau. Sedara mara kau. Malu lah dengar orang cakap pasal keburukan kau. Manusia. Bila tegur, dia cakap kita jeles dengan dia. Cantik sangat kau orang nak jeles? Kau nak berhibur. Berseksi nak mati. Nak telan bebukan. Lantak kau lah kan. Tapi tak perlu lah upload gambar-gambar tu. Confirm sampai tua orang akan bercakap pasal kau. "Mak/bapak si polan tu dulu jahat nak mati..bergambar macam sundal bolong". Mungkin ade lah orang yang akan bercakap mcmni nanti bila kau dah tua. hehe.

Bukan nak menyebuk hal peribadi dorang. cuma kadang-kadang aku rasa kesian dengan orang-orang yang macamni. Aku tahu lah kubur asing-asing. Tapi takut kubur kau sebelah kubur aku nanti. Terganggu dok dengar kau kene balun dengan ular tiap-tiap hari.

Rabu, 18 Mei 2011

Beban

Kerja. 
Hidup kita dalam dunia adalah sebagai hamba kepada Dia yang Satu. Segala dugaan dan tekanan harus dihadapi dengan hati yang redha walaupun pahit untuk dilalui. Aku percaya semua itu ada hikmah dan kebaikannya. Dalam hidup aku sekarang ni, aku berbelah bahagi dengan segala apa yang dihadapi. Perkara paling sukar yang aku rasa adalah Kerja yang Tak Jiwa dalam hati aku. Profession aku sekarang macam serba tak kena. Hati macam tak ikhlas setiap kali melangkah kerja. Tapi bila dah dalam operasi ke apa, aku ok je. Masih boleh handle. Mula-mula masa aku kerja kat hq, suasana opis sangat senang dan tenang. Pegawai atasan adalah berada di tahap terbaik yang patut aku bersyukur dan dikenang sampai mati. Tapi, kontranya, aku jauh dari suami. Jauh dari family. Everyweek akan rasa nak balik. Tanggungjawab sebagai isteri perlu dititikberatkan. Bila dah balik negeri. Suasana kerja semuanya serba serbi jauh berbeza! Tekanan mula terasa. Hati masih bersabar. mungkin  ini harga yang aku perlu bayar untuk rezeki yang Tuhan berikan. Hadapi segala kekangan dengan sabar. Hati, hanya tuhan yang tahu.



Kawan. 
Setiap inci diri manusia adalah berbeza beza. Sifatnya? lagi lah pelbagai jenisnya. Tapi setiap kali aku ke mana-mana, Alhamdulillah aku akan pasti jumpa seorang dua rakan yang baik dan tulus hatinya. Bukan senang nak jumpa kawan yang boleh kongsi suka duka. Kadang-kadang, ko rase dia bestfren kau. Tapi hakikatnya, kau masih menyimpan segala rahsia dijiwa n tak boleh berkongsi cerita dengan dia. Sedihkan? Aku selalu tersepit dalam isu berkawan ni. Xpelah. Yang penting, kawan dunia akhirat aku sudah jumpa.



Anak. 
Sekarang dah hampir setahun lima bulan aku berkahwin dengan suami tercinta. Isu paling hangat untuk orang dah berumahtangga adalah anak. Dah ada anak? Bila nak ada anak? Rancang ke? Lamenya honeymoon? Tsskkk. Korang paham tak soalan macam tu menyusuk kalbu untuk orang yang macam aku? Bukan kerja aku untuk cipta manusia dalam perut ni. Semua tu kan ketentuan dan takdir Tuhan. Sekali lagi kena bersabar dan redha. 




Sabtu, 23 April 2011

H.E.L.L.o !

hi! lame jugak aku dah tak menaip kt blog ni..semenjak dpt blk jb, keje mmg sgt semak! busy memanjang. aku tatau la ape perasaan aku. nk dijadikan cerita utk share ngn korg, aku mmg xsuke environment keje kt JB ni. pegawai atasan seme mmg CB. menyusahkan idup org. menyakitkan ati org. yg penting, terlalu ramai ofismate yg selfish n childish. wtf. bkn la nk ckp aku ni bagus sgt. tpi atlis setakat ni aku rase aku xde la nk mengarah n menyusahkan idup org. aku tatau la amalan kt jb ni cmne. haihh..cite pye cite pn, aku tak berjaya gak nk mengubah keadaan kt cni kan..so dlm ati ni redha jelah. aku pye otak ni ligat je berfikir fikir n memikir..haihh..mengeluh mmg hobi aku skrg ni..

tutup cite opis sbb boring.

cite len, aku still xfaham dgn somebody ni. ape jenis idup ko aku pn tak faham. jeles bebenar ngn org len. pastu suke pulak blagak kt org. ko byk duit sgt kan??? ade aku heran? atlis tua nti idup aku da terjamin.(insyallah) da pencen pn aku ade gaji.aku ade gcr, aku ade bonus pencen. ko ape ade nk blagak sgt?lempang muke ko kang! aku nk cite byk lg ni. tapi perut lapa. nk kejut hubby nk suh makan! grrrrr...bila marah kene makan! bru selera! hehehe

Jumaat, 17 Disember 2010

What A Busy Month!

borink sgt. bln lepas bizi. bln ni pn sama gak..dahla kene assist cawangan lain pye ks. mcm hampeh la korang pye operation order! this week dok kelate seminggu. next week jgnla mengejut kene g sabah pulak.. aku xmo.. nk celebrate my 1st anni with hubby.. sedih betul bile kne tglkan dia lama2.. dia mesti lagi sedih..xpela syg, semua ni dugaan untuk kita.. saya tau kita berdua ckup kuat utk menghadapi semua dugaan dugaan ni kan..

For my 1st anni, aku plan nk wat doa selamat kat masjid kt kampung.. minta keberkatan dari Allah..semoga jodoh kami dipanjangkan sehingga ke akhir hayat.. semoga kasih sayang kami tidak pernah pudar..semoga cinta kami dikurniakan cahayamata yang sempurna..betapa Allah sahaja yang tahu ape kehendak hati kecil aku...

Kawan-kawan doakan kesejahteraan rumahtangga kami ye..


saya sayang awak sampai hujung nyawa saya..


Selasa, 30 November 2010

Reward Urself!

bulan November bulan paling pack n bulan paling rajin bekerja buat aku. penat! tak sanggup rasa. aku bekerja sampai kene tido di opis. overtime sampai jam 2 pagi. hari sabtu dan ahad bekerja macam biasa sampai jam 11 mlm. bayangkan overtime utk hari sabtu dan ahad punch in 0900. punch out 2300! aku rasa nak maki maki je orang yang buat aku satu opis kene berkampung kat opis berhari hari. punah ranah mood n plan aku untuk minggu tu. setelah seminggu bergelumang dengan dokumen dokumen awam, kini masa untuk claim OT! haha! part ni, seme segarrrrr...seme gembiraaaaa...masa ni lah nk bantai claim habis habisan. siap claim muke seme bahagiaaaaa! aku rasa berbaloi penat lelah aku dengan jumlah yang aku dapat tu. So mari berbelanja! dalam kepala penuh dengan benda benda macam nih :-
















aku tatau nak mana satu. grrrrr... kene beli satuuuuuu je!


Selasa, 2 November 2010

Masalah Datang dan Pergi

hidup kita mana pernah lari dari masalah.  masalah ni kadang kadang memang betul betul mendatangkan masalah untuk kita.  tapi ada juga masalah yang membuatkan kita bermuhasabah dan refresh siapa diri kita. kalau aku bermasalah selalunya aku mesti macam orang tertekan. kadang kadang aku rasa dalam dunia ni aku sorang je yang ditimpa masalah. huhu. kalau kene setelkan task kat office pun jadi masalah gak kat aku.  tapi opismate aku leh cakap aku cool je kalau wat keje. tau tau je dah siap. haha. itu kata dia. dia tak tau dalam hati aku dah sampai rasa nak benti keje je adenye! tu masalah kt tempat kerja. macamana dengan masalah personal? masalah keluarga? masalah rumahtangga? masalah jirantetangga? dan masalah tangga nak naik umah aku tingkat 5 tu?

kalau bermasalah selalunya kita mesti ada rasa nak mengadu dengan someone yang kite betul betul percaya. someone yang tau kita adanya. kenal buruk baik kita. kalau aku, aku hanya ada dua kawan untuk dimengadukan. seorang ibu untuk mendengar rintihan. seorang bapa untuk diminta nasihat. dan seorang suami untuk diadukan segala galanya kepada dia.  dan satu satunya Tuhan yang ku sembah untuk memohon kekuatan diri dan berdoa untuk diringankan segala masalah.

bercerita pasal masalah dan mengadu ni, aku memang sangatlah prihatin sikit. sebab pada aku masalah masalah aku bkn calang calang masalah. kadang kadang masalah negara pun boleh jadi masalah dalam idup aku.  bila aku dilanda masalah, selalunya aku akan teringatkan dua kawan aku ni untuk aku mengadu. untuk minta nasihat dan untuk bertanyakan pendapat. tapi selalunya untuk masalah yang berat, aku suka refer kepada kawan aku yang sorang tu. shes very matured compared ngn aku. ofkos la dia lagi tua dari aku. tua setaun jela tapinye. since dia ni suke blaja psikologi and suka pergi kursus kursus motivasi, so bila aku bercerita dekat dia, aku rasa macam tenang je. dia mmg pandai bagi nasihat.  dan dia memang boleh jadi penenang jiwa aku. dia tak kan buat kau lagi nk marah or rasa terbeban dengan masalah yang kau hadapi. dia sangat positive.. aku memang sayang dia dunia akhirat lah!

kawan yang sorang lagi, aku rasa dia lagi kenal aku luar dalam. buruk aku lagi dia kenal. inikan yang baik. haha. dia pendengar yang baik. n aku rasa dia slalu support aku. sayang kau lebih lah!

tapi kawan kawan, tak semua masalah kita boleh berkongsi dengan kawan kawan, parents and suami kite.. kadang kadang kita terpaksa pendamkan sendiri apa yang menjadi masalah tu.  aku rasa bila masalah pejabat, kite boleh kongsi. masalah keluarga dan rumahtangga, simpanlah sendiri. rahsia kebahagian? rahsiakan rahsia anda. eh mcm penah baca ayat cmni. huhu.

cuma masalah aku yang satu ni, aku hanya boleh kongsikan dengan Tuhan Pencipta Maha Kuasa..  semoga setiap masalah yang aku hadapi lepas ni, aku lebih tenang hadapinya. 


korang selalu mengadu ngan siapa?